KEJANG LEHER TANDA SAKIT

in #bm6 years ago

Aku Kecundang

Holla steemians,

Apa khabar semua?

Aduh, habis musim PRU14 sekarang tiba pula musim sakit.Yala, aku baru sahaja bergembira 2 hari lepas, bersenda ketawa bagai monyet kena nombor ekor.Pagi 10/05/18, aku cuba bangun dengan rasa yang hebat namun aku gagal,sah!,aku selesema yang entah dari mana munculnya menghingap di tubuh gemukku ini.

Pergi kerja umpama mengangkat 100 kilogram besi
Sakit penghapus dosa kecil

Aku turun ke kerja, dengan bertopengkan mulut bagai gaya seorang gangster jepun yang ganas,aku kecewa dengan serangan sakit ini tapi aku positif,maklumlah sakit adalah penghapus dosa kecil. Amin ya robbal alamin

IMG-20180511-WA0001.jpeg

Petang 11/05/18 nanti pula band saya
‘Chugs On Deck’

akan ke Kuching untuk bermain satu pentas dengan band eropah , Crown The Empire ( kalau ada yang berkenan dengan band ni,sila beritahu saya) . Nah, masa yang tidak cun untuk saya sakit.Rasa excited tukar menjadi rasa risau, takut pula suara nanti jadi macam burung pipit,habis seruan kutukan datang bertubi karang.

Crown The Empire

Image Source

Aku selama ini mmg benci makan ubat, tapi hari ni, aku redha makan demi tubuh badan,hidung kemek dan sebagainya yang ada di diri saya ini.

Ketika aku menulis coretan ini, aku tertidur subuh tadi. Baru sahaja aku dikejutkan oleh teriak ibuku tadi,kucing kesayangan kami si "mengaro" telah mati digigit anjing.Kesian,ibu ku menangis nangis,maklumlah kucing kesayangan kan. Berbalik cerita sakitku ni, leher sudah mula terasa sakitnya,kahak sudah mula berwarna merah.Rakan rakan semua,jagalah kesihatan kamu,banyakkan makan vitamin C dan minum banyak air. Itulah pesan ibu aku setiap kali kami sakit.

Apa pun, semoga kita semua dicurahkan kesihatan yang baik,

Adios,
@eyonlapar

giphy.gif

Sort:  

Thank you for sharing your posts with us. This post was curated by TeamMalaysia as part of our community support. Looking forward for more posts from you.

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote bitrocker2020 witness

Coin Marketplace

STEEM 0.25
TRX 0.11
JST 0.031
BTC 62166.63
ETH 3021.89
USDT 1.00
SBD 3.72