Sebab-sebab Digitex Futures mungkin akan mendatangkan pulangan yang lumayan

in #cryptocurrency5 years ago (edited)

Jika anda berminat untuk melabur dalam Matawang Kripto (Cryptocurrency), anda akan mendapati bahawa pasaran mempunyai lebih daripada dua ribu jenis matawang kripto. Oleh itu, bagaimanakah anda boeh memilih matwang kripto yang terbaik untuk melabur? Lagipun, semua matawng kripto mempunyai projek yang menarik dan semua projek mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.

Pada pendapat saya, cara untuk memilih matawang kripto yang terbaik sangat mudah. Cubalah anda pergi laman web seperti coinmarketcap untuk melihat prestasi mereka dari awal tahun ini hingga sekarang. Berdasarkan prestasi matawang-matawang kripto di coinmarketcap, saya berasa Digitex Futures adalah salah satu daripada matawang kripto yang menunjukkan prestasi yang agak baik.

Digitex Futures adalah satu matawang kripto yang digunakan di platform perdangangan niaga hadapan matawang kripto (Cryptocurrency Futures). Platform perdangangan niaga hadapan matawang kripto atau digelar sebagai ‘futures trading platform’ memang jarang dijumpai di antara projek-projek matawang kripto.

Terdapat beberapa sebab Digitex Futures adalah satu projek yang amat luar biasa. Ini kerana berbanding dengan matawang kripto yang lain, harga Digitex Futures semakin tinggi. Terdapat banyak matawang kripto yang lain yang sedang mengalami kemerosotan harga disebabkan oleh prestasi pasaran yang ‘bearish’ (trend menurun). Ini mungkin disebabkan oleh ramai pelabur yang berasa bahawa projek Digitex Futures mempunyai potensi yang amat tinggi.

Jika dibandingkan dengan platform dangangan niaga hadapan matawang kripto yang lain seperti Bitmex, sebarang dangangan atau ‘trading’ yang dilakukan di platform Digitex Futures adalah percuma, manakala yuran dagangan akan dikenakan kepada sesiapa yang menggunakan platform Bitmex. Ini bermakna segala keuntungan yang didapati di platform Digitex Futures akan lebih berbanding dengan platform yang lain.

Selain itu anda juga boleh mencari laman Twitter Digitex Futures untuk membaca berita-berita tentang pencapaian mereka pada tahun ini. Spanjang tahun ini, Pasukan Digitex Futures telah mencapai beberapa kejayaan. Salah satu daripada pencapaian pasukan Digitex Futures adalah dari segi perkongsian antara pasukan Digitex Futures dan pasukan pembangunan perisian Ethereum Plasma.

Rujukan gambar

Perkongsian antara Digitex Futures dan Ethereum Plasma

Digitex Futures telah mengadakan satu perkongsian dengan pasukan pembangunan perisian Ethereum Plasma. Disebabkan Digitex Futures merupakan satu DApps Ethereum dan dibina di atas blockchain Ethereum, pada masa kini, Blockain Ethereum hanya berupaya untuk melakukan 15 transaksi setiap saat. Oleh itu, terdapat juga ramai yang mengatakan bahawa Blockchain Ethereum tidak akan berupaya memproses beribu-ribu transaksi yang bakal diproses di platform Digitex Futures.

Ini akan menjadi masalah kerana perdagangan niaga hadapan matawang kripto dilakukan dengan amat pantas. Jika blockchain dan sistem tidak mampu untuk memproses kesemua transaksi yang dilakukan oleh pelanggan mereka, ramai orang mungkin akan mengalami kerugian yang besar. Ini boleh menjejaskan reputasi Digitx Futures jika masalah ini tidak diatasi secepat mungkin. Dengan implementasi Ethereum Plasma yang merupakan satu projek yang akan akan membolehkan blockchain Ethereum untuk memproses lebih banyak transaksi, masalah-masalh ini akan dapat diatasi.Oleh sebab itu, memang masuk akal untuk Digitex Futures mengadakan perkongsian antara Digitex Futures dan pasukan Ethereum Plasma akan memberi Digitex Futrues satu kelebihan berbanding dengan platform yang lain seperti Bitmex.

Pada pendapat saya, Digitex Futures menjangkakan bahawa lebih ramai orang akan mula berdagang di Digitex Futures berbanding dengan Bitmex. Ingat, semasa semua pedagang berdagang di Bitmex, jumlah dagangan mereka adalah kira-kira tiga billion. Jika Bitmex dapat hanya separuh daripada jumlah dangangan di Bitmex, penggunaan Ethereum Plasma akan banyak membantu mereka. Lagipun, dengan Ethereum plasma, transaksi akan dapat diproses bukan sahaja dengan lebih cepat, tetapi juga dengan lebih murah.

Melalui perkongsian ini, Digitex Futures akan menjadi salah satu syarikat pertama yang akan menggunakan teknologi Ethereum Plasma. Terdapat lebih daripada dua ribu aplikasi yang menggunakan Blockchain Ethereum. Oleh itu, pasukan pembangunan perisian Ethereum, terutamanya Ethereum plasma amat berpengalaman dan saya yakin implementasi Ethereum plasma akan dilakukan tanpa sebarang masalah. Selain itu, implementasi Ethereum plasma juga boleh digunakan untuk memproses semua transkasi di platform dangangan Digitex Futures. Disebabkan itu, pihak Digitex Futures tidak akan mengalami sebarang masalah transaksi seperti projek-projek yang lain seperti projek cryptokitties.

Rujukan gambar

Produk Digitex Futures Dan Isu ‘Scaling’

Pada pendapat saya Digitex Futures mengutamakan isu meningkatkan jumlah transaksi yang dapat dilakukan pada platformnya (scaling). Ini juga telah disebut oleh CEOnya Adam Todd yang memberi satu ucapan mengenainya semasa sidang Blockchain Malta. Ucapan beliau mengenai ‘scaling’ berkait rapat dengan perkongsian Digitex Futures dan Plasma Ethereum.

Pasukan Digitex Futures telah melakukan satu kempen promosi yang amat berjaya semasa sidang Blockchain Malta. Ini berkait rapat dengan sebab mengapa Digitex Futures merupakan satu pelaburan yang baik, iaitu kerana Digitex Futures mempunyai satu produk yang berfungsi. Digitex Futures telah memberi satu demonstrasi platform mereka semasa Sidang Blockchain Malta yang telah diadakan pada 1-2 November 2018. Demonstrasi ini telah menunjukkan kepada para peserta tentang ciri-ciri platform Digitex Futures yang unik dan praktikal. Saya yakin melalui demonstrasi ini, sudah tentu ramai akan tertarik dan akan lebih yakin dengan keupayaan pasukan untuk memenuhi kesemua matlamat program Digitex Futures.

Terdapat banyak projek matwang kripto yang telah dikeluarkan tanpa sebarang produk yang berfungsi, dan telah berjaya memberi keuntungan yang banyak kepada sesiapa yang melabur dalamnya. Tetapi apabila anda melabur dalam satu projek matawang kripto yang tidak mempunyai sebarang produk yang berfungsi, anda mungkin sedang melabur dalam satu projek ‘scam’ atau penipuan. Ini kerana anda bukan sahaja melabur wang dalam projek ini, tetapi kepercayaan anda. Oleh itu, risiko anda mungkin kehilangan kesemua pelaburan anda memang bertambah tinggi.

Oleh demikian, saya percaya projek sepertio Digitex Futures yang mempunyai produk yang berfungsi akan memberi anda keyakinan bahawa anda sedang melabur dalam sesuatu yang sah.

Kesimpulannya...

Saya percaya pada projek Digitex Futures. Kesemua sebab yang diberi adalah berdasarkan penyelidikan saya mengenai projek ini. Apabila saya mengetahui tentang projek ini, saya telah membeli sejumlah kecil matawang kripto DGTX. Nilainya telah naik dari 3 sen kepada 10 sen dan saya telah menjual sebahagian kecil daripadanya.

Jika anda juga berminat, anda juga boleh melabur dalamnya sebelum mereka melancarkan platform dagangan mereka secara rasmi. Selain itu, jika anda minat dalam perdangangan niaga hadapan matawang kripto, cubalah melawat laman web mereka dan daftar di ‘waitlist’ mereka untuk mencuba platform mereka secara percuma. Saya telah melampirkan pautan tersebut di bawah.

Rujukan gambar

Pautan dan Laman Sosial Digitex Futures

· Laman Web: https://digitexfutures.com/

· Produk Digitex Futures: https://digitexfutures.com/exchange/ dan https://digitexfutures.com/dgtx/

· Pasukan Digitex: https://digitexfutures.com/about-us/

· Sejarah Digitex:

· Facebook: https://www.facebook.com/DigitexFutures/

· Medium: https://medium.com/digitex-futures

· Twitter: https://twitter.com/digitexfutures

· Youtube: https://twitter.com/digitexfutures?lang=en

· LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/digitex-futures-exchange/

Rujukan

https://medium.com/@argongroup/ethereum-plasma-explained-608720d3c60e

Penafian

Artikel ini adalah berdasarkan pendapat dan penyelidikan saya. Saya mengalu-alukan sebarang perbahasan dan perbincangan tetapi saya bukan seorang penasihat kewangan. Oleh itu, sentiasa melakukan penyelidikan anda sendiri sebelum ‘menjual buah pinggang’ anda untuk melabur dalam sebarang pelaburan.

Sort:  

Congratulations @alvinauh! You have completed the following achievement on the Steem blockchain and have been rewarded with new badge(s) :

You made more than 13000 upvotes. Your next target is to reach 14000 upvotes.

Click here to view your Board of Honor
If you no longer want to receive notifications, reply to this comment with the word STOP

Do not miss the last post from @steemitboard:

SteemFest³ - SteemitBoard Contest Teaser
The new Steemfest³ Award is ready!

You can upvote this notification to help all Steemit users. Learn why here!

Coin Marketplace

STEEM 0.35
TRX 0.12
JST 0.040
BTC 70638.80
ETH 3565.34
USDT 1.00
SBD 4.73