khalifah

in #esteem6 years ago

selamat malam buat sahabat steemian semuanya.

“ Khalifah telah berbuat zalim pada kami anak-beranak…” kata si ibu lagi.

Terkejut Saidina Umar mendengarkan ucapan Ibu tua itu tadi.

“ Bagaimana khalifah telah berbuat zalim pada ibu ?...Terangkan kepada saya.. ” Saidina Umar ingin tahu.

“ Saya sangat kesal dengan pemerintahannya. Beliau seharusnya melihat keadaan rakyatnya dalam kehidupan nyata, terdapat ramai lagi orang yang senasib dengan saya...”

Umar langsung menangis teresak esak mendengar keluhan wanita tersebut sehingga air mata beliau membasahi jubahnya.

Beliau terus bingkas bangun keluar daripada rumah wanita miskin tersebut dan berlari ke Baitul Mal dan memasukkan tepung, daging dan gula ke dalam sebuah karung.

Sebaik sahaja beliau hendak membawanya kepada wanita itu, salah seorang suruhannya menawarkan diri untuk membawakan karung itu.

"Biar aku sendiri yang membawa karung ini.Adakah engkau sanggup memikul dosa2 ku di akhirat kelak?" kata Saidina Umar r.a.

"Di hari pengadilan nanti engkau tidak akan dapat memikul bebanan-bebanan aku, jadi tidak ada sebab kenapa engkau mesti membawanya hari ini." Sambungnya lagi.

Selepas menyerahkan dan ketika beliau hendak meninggalkan rumah itu, wanita itu berkata kepadanya :

"Engkaulah yang sepatutnya menjadi khalifah, bukannya Umar r.a. Engkau baik, murah hati dan faham perasaan orang. Itulah sepatutnya yang ada pada seorang khalifah (pemimpin negara)."

Dia tidak tahu bahawa yang menolongnya itu adalah Khalifah Umar.

Keesokannya Saidina Umar telah memanggil Ibu tua itu untuk datang menghadapnya.

Alangkah terkejutnya Ibu tua itu apabila melihat Khalifah zalim yang disangkakan-nya itu adalah sebenarnya Lelaki yang datang membantunya pada malam tadi.

''Adalah kesalahan aku kerana tidak mengetahui kesusahan engkau. Tetapi sekarang anak-anakmu telah pun makan dan dapat tidur dengan sukacita. Aku juga telah mengatur mulai hari ini, Baitul Mal akan memberi sumbangan kepada engkau supaya engkau dapat menyara mereka secara sempurna sehinggalah mereka dewasa."

Khalifah Umar telah menghadiahkannya wang serta segala keperluan hidup, dan merayu kepadanya supaya berjanji untuk tidak MENDAKWANYA di hadapan Allah Azza wa Jalla di akhirat kelak.

Kita mendambakan pemimpin seperti Saidina Umar. Apakah peribadi ini ada pada pemimpin kita pada hari ini?

Muhasabah buat semua pemimpin tanpa mengira fahaman politik.

Adakah sang fakir perlu melutut mencari sang penguasa sedangkan yang sepatutnya bagaimana?

Sungguh menjadi pemimpin itu tidaklah MUDAH.

image

image

image

Sort:  

Helo @nudjieahmed! Upvote yaa.. (Sececah kontribusi kami sebagai witness di komunitas Steemit Indonesia.)

Coin Marketplace

STEEM 0.31
TRX 0.11
JST 0.033
BTC 64550.89
ETH 3156.32
USDT 1.00
SBD 4.30