Adakah Anda Pernah Mengalami Sakit Belakang? Tidak Tahu Bagaimana Untuk Mengatasinya? Mari Lihat...

in #health6 years ago (edited)

Intro

Sakit belakang adalah masalah yang sangat biasa, dengan kira-kira 80% daripada populasi yang menghadapi sakit belakang seperti sengal-sengal,sakit sekejap atau sakit yang berpanjangan dalm kehidupan seharian. Dalam kira-kira 23% daripada kes, ia menjadi masalah yang lama, manakala dalam 5%, ia menjadi kurang upaya.

Tidak semua sakit belakang datang pada bahagian belakang. Dalam kira-kira 65% kes, kesakitan datang dari belakang, tetapi kira-kira 25% berasal dari sendi pinggul dan sacroiliac, manakala kira-kira 10% daripada kes, punca tidak diketahui, walaupun selepas siasatan yang mendalam.


Sakit ini boleh datang secara tiba-tiba dan boleh berlanjutan hingga ke 3 bulan ke atas(kronik). Sakit belakang juga boleh boleh terjadi di mana-mana bahagian belakang iaitu di bahagian atas(upper),di bahagian tengah(middle) dan di bahagian bawah belakang(lower back).
Sakit belakang akan datang sekiranya otot belakang menjadi kejang atau iritasi pada akar saraf tulang belakang. Kebanyakan mereka yang mempunyai cara kerja yang berisiko tinggi seperti kerani yang terpaksa duduk terlalu lama depan komputer dan doktor yang sentiasa berjalan hingga menyebabkan sakit belakang. Kepada mereka yang terlalu lama berjalan,berdiri dan duduk terlalu lama adalah sangat berisiko untuk mendapat sakit tulang belakang.


source


Faktor Sakit Belakang

Sakit belakang boleh terjadi disebabkan aktiviti seharian kita iaitu :-

  • Mengangkat beban yang berat dengan cara yang salah.
  • Cara duduk yang salah.
  • Berdiri dan berjalan dengan cara yang salah.
  • Tilam yang tidak sesuai dengan bentuk belakang.
  • Cara bangun dari tidur yang salah.

Tanda-Tanda sakit belakang.

Sakit belakang juga boleh melibatkan kekebasan(numbness) dan kelemahan(weakness) kaki dan tangan. Beberapa isu sakit belakang boleh menyebabkan kesakitan di bahagian lain badan, bergantung kepada saraf yang terjejas. Kesakitan sering hilang tanpa rawatan, tetapi jika ia berlaku dengan anda dan berlarutan sehingga menjejaskan kehidupan seharian anda,sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan segera. Berikut adalah tanda sakit belakang:

  • Pengurangan berat
  • Demam
  • Keradangan atau bengkak di bahagian belakang
  • Sakit belakang yang berterusan, di mana berbaring atau berehat tidak juga hilang.
  • Sakit kaki
  • Sakit yang sampai di bawah lutut
  • Kecederaan baru(acute), pukulan atau trauma ke bahagian belakang.
  • Kencing yang tidak dapat dikawal.
  • Sakit Ketika kencing.
  • Kebas di sekeliling alat kelamin
  • Kebas di sekeliling dubur
  • Kebas di sekeliling punggung

PENJAGAAN TULANG BELAKANG DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN


source

CARA ANGKAT BARANG


Source

CARA BANGUN DARI KATIL

50F802AB-8E2A-4E24-9874-33A83671948C.gif


Tips Untuk Penjagaan Sakit Belakang.

  • Latihan dan aktiviti adalah cara paling penting untuk membantu diri anda jika anda mengalami sakit belakang.
  • Terus bergerak dan teruskan aktiviti seperti berjalan atau berenang.
  • Paracetamol ataupain killer, diambil seperti yang disarankan oleh doktor atau physio anda, ia boleh membantu anda terus bergerak dengan selesa.
  • Elakkan duduk terlalu lama ketika memandu atau di tempat kerja.
  • Buat senaman regangan untuk mengelakkan kekerasan otot.
  • Berhati-hati ketika mengangkat, lentur pinggul dan lutut anda untuk menggunakan kekuatan di kaki anda.
  • Semak postur anda apabila menggunakan komputer / permainan atau menonton televisyen.
  • Semak tilam di atas katil anda untuk memastikan ia menyokong anda dengan betul.
  • Jangan merokok - ia merosakkan peredaran darah anda, yang menjejaskan proses pemulihan tubuh anda.
  • Kuatkan otot-otot belakang anda supaya dapat membantu melindungi seta menguatkan otot belakang anda.
  • Pastikan kerusi kereta dan kerusi pejabat anda diselaraskan dengan betul dan menyokong belakang anda.
  • Makan makanan dan senaman yang sihat, kerana berat badan berlebihan boleh menjadi penyebab sakit belakang.

Di bawah ini adalah video dari Youtube untuk tontonan anda, untuk membuat senaman sakit belakang. Semoga ia bermanfaat untuk anda diluar sana...


HARGAILAH TULANG BELAKANG ANDA,TINGKATKAN PENGETAHUAN UNTUK MENCEGAH SAKIT BELAKANG.


Jika anda ada sebarang pertanyaan,boleh tinggalkan komen atau soalan anda di ruang komen dibawah ini. Saya akan membantu anda seboleh yang mungkin.


Siapa saya?

  • Hi, saya @zamifara a.k.a mazalifa.
  • saya seorang yang malas untuk menulis tetapi saya suka membaca.
  • Mempunyai seorang Putri dan seorang Putra yang sangat comel di dalam kapal kami.
  • Saya sayang keluarga saya dan sangat tertarik untuk meluangkan masa dengan mereka memandangkan saya jarang berada dirumah disebabkan kerja.
  • Suka dengar lagu ketika kebosanan.
  • Saya jatuh cinta dengan steemit seperti yang anda semua tahu ia bukan satu platform jangka pendek yang kita perlu kosentrasi tetapi ia adalah jangka masa panjang kepada kita.
  • Stemit ini tidak memerlukan duit untuk kita mula cuma ia memerlukan usaha dan kerajinana anda untuk memulakannya. Steemit lebih kurang macam facebook,instagram,twitter dan lain-lain cuma yang bezanya, bila anda di steemit setiap apa yang anda lakukan adalah dibayar. Percayalah, apabila anda dalam steemit, semuanya akan berubah dalam hidup anda seperti saya.
  • Jika anda tidak percaya, klik sini untuk mendaftar secara percuma. Saya hanya berkongsi apa yang terbaik untuk diri saya dan diri anda semua.
    #teammalaysia #teammalaysiasabah

Sort:  

Thanks @zamifara, for an excellent information about this discomfort, very common nowadays especially in people who work a lot of time sitting in front of a computer, I can only add that they also relieve the pain the compresses of heat and cold, super relaxing and swimming daily

Most welcome @maxili63..

very common nowadays especially in people who work a lot of time sitting in front of a computer.

True indeed...nowday backpain is very common to us. So we have to becareful while doing or activity daily life.

You've been upvoted by TeamMalaysia community. Here are trending posts by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/trending/teammalaysia

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Your post has been featured in TeamMalaysia 's TehTarik Sunday. Keep on steeming .. Here is a lil tip!

Hi @zamifara! You have received 0.1 SBD tip from @myach!

@myach wrote lately about: Teammalaysia’S Daily Picks #55 | @Nytrie, @Zamifara & @Almawaddah Feel free to follow @myach if you like it :)

@tipU voting service | For investors.

Coin Marketplace

STEEM 0.37
TRX 0.12
JST 0.040
BTC 70162.45
ETH 3540.43
USDT 1.00
SBD 4.79