Pagi yang gelap Kini sudah terang

Hari ini aku nak cerita sikit tentang Job Sya sebagai Safety Health & Environment officer.

TUGAS HARIAN (Routine Job/Task) Tugas aku setiap hari adalah buat Inspection/Patrolling (Rondaan),Audit serta buat daily report hasil dari aktiviti harian tersebut..Hari-hari aku kena berjalan lebih kurang satu kilometer sekitar tempat kerja untuk sessi pagi (1st round) dan sessi petang (2nd round)....Kalau aku tak buat audit,report aku pada hari tersebut...boss mula jeling,apa kerja yang ko buat hari ni ???Suka tak suka,kena cari finding jugak...

ee3a1806-c2df-48ae-92a2-fd4fe1b2f9b8.jpg

Selain itu aku kena bagi latihan Standard & Safety operating procedure ( SSOP )kepada Pekerja

AGTS Training...
IMG-20180213-WA0061.jpg

SOP & PPE Briefing...

20160412_090127.jpg

Setiap minggu kami selalu adakan 'Weekly Safety Day' dimana kami memilih hari-hari tertentu untuk menjalankan aktiviti safety..Kadang-kadang,SHO akan bersama Pihak Pengurusan tertinggi Syarikat akan membuat rondaan sekitar tempat kerja dan melihat sendiri keadaan safety disitu...Apa !! ingat kerja SHO goyang kaki ker ???....belum lagi pegawai DOSH datang visit..berpeluh gak nak jawab soalan diaorg...

DOSH OFFICER VISIT..

IMG_20160602_140823.jpg

Ramai yang tanya pada aku,adakah susah nak jadi SHO??sebenarnya susah senang bergantung kepada kita..bergantung kepada minat kita dan bergantung kepada keikhlasan kita..Nak jadi SHO sebab nak gaji banyak atau nak bantu orang ???..tanya diri sendiri....Aku sekadar nak berkongsi dalam blog aku ini...

Cabaran Kerja ?

Setiap Kerja ada cabaran dia.. Begitu juga dengan kerja sebagai SHO ( Safety Officer ) anda berjumpa dengan ramai org, attitude, behaviour , culture dari pekerja yang berbeza... Selain menjadi penasihat kepada Majikan.. .kalau tak ada jatidiri,jangan jadi SHO....kita kena firm tentang apa jua tindakan jika kita dipihak yang benar...Kalau pekerja tak pakai Safety Helmet,SHO kena tegur dia..Kalau dia tak pakai jugak,ambik tindakan..Masih lagi degil?boleh guna denda..TAPI !! Perlu ada Safety prosedur..SHO kena cipta Safety Management Prosedur dan mendapat kelulusan pengurusan syarikat..kena bagitau semua orang semasa hari pertama dia masuk kerja..bagi diorang safety briefing sampai mereka faham...Nama pun,Safety First !!....Masih degil lagi tak ikut prosedur??..halau dari tempat kerja!..kenapa halau pekerja yang degil ??..sebab dah ada safety prosedur,kenapa tak ikut ??..Lebih elok kita halau dia daripada dia mati sebab kepala pecah kerana tak pakai helmet !!..lebih baik .. kita halau dia sekarang daripada kita terpaksa kutip mayat dia sebab accident tak ikut Safety Prosedur.. Ingat !! tugas kita nak bantu diaorang dari tercedera atau terlibat kemalangan...

DSC01156.JPG

SHO selalu dibenci orang ??..Ya betul,sebab SHO selalu berhentikan mesin operasi ?? Sebab apa SHO berhak berhentikan operasi ?? Sebab SHO tak mahu ada orang putus tangan kaki ??..Pasal apa boleh putus kaki ??..Masih ada manusia degil dan tak ikut Safety ??..Kenapa tak ikut Safety ??..sebab Safety Health Officer (SHO) ramai yang orang benci...Kenapa SHO dibenci ?? sebab SHO ada tugas hakiki ?? Apakah tugas hakiki ??...SHO PERLU PASTIKAN JANGAN ADA PEKERJA YANG MATI......

Selamat menunaikan ibadah puasa bulan awal Ramadan tahun ini 2018 kepada semua umat Islam di Malaysia.

@Rombituon

Sort:  

Welcome to steemit @rombituon

Hey rombituon

Welcome to steemit brother.

tqvm bro...

Welcome to Steem, @rombituon!

I am a bot coded by the SteemPlus team to help you make the best of your experience on the Steem Blockchain!
SteemPlus is a Chrome, Opera and Firefox extension that adds tons of features on Steemit.
It helps you see the real value of your account, who mentionned you, the value of the votes received, a filtered and sorted feed and much more! All of this in a fast and secure way.
To see why 2479 Steemians use SteemPlus, install our extension, read the documentation or the latest release : May Budget Proposal.

Coin Marketplace

STEEM 0.35
TRX 0.12
JST 0.040
BTC 70601.40
ETH 3576.96
USDT 1.00
SBD 4.75