Amalan Masyarakat Brunai Sebelum Ramadhan : The Practice of the Brunai Society Before Ramadan

in #life6 years ago (edited)
Seperti tahun-tahun sebelumnya masyarakat brunai akan mengadakan aktiviti untuk membersih tanah perkuburan dan rumah-rumah ibadat seperti surau dan masjid mengikut tempat masing-masing. Aktiviti ini akan dilakukan beramai-ramai atau dalam bahasa brunai dibuat secara baurung-urung. Ini semua adalah persiapan bagi masyarakat brunai yang islam untuk menyambut kehadiran bulan ramadhan al-mubarak. Golongan tua dan muda akan turun bersama-sama tanpa mengira peringkat umur.

As in previous years the brunai community will hold an activity to clean cemeteries and worship houses such as surau and mosque according to their respective places. This activity will be done in a mass or in a brunai language is called baurung-urung. These are all the preparations for the Muslim community to welcome the month of ramadhan al-mubarak. Old and young will go down together regardless of age.

B46B2E66-C350-45C0-9337-B3C7AB4F8861.jpeg

Semasa di tanah perkuburan pelbagai aktiviti pembersihan yang dilakukan. Ada yang memotong rumput, menyapu sampah, membersih saluran parit, membaiki pondok tanah perkuburan, membersih tanah kubur dan bermacam-macam lagi. Apa yang seronoknya ialah kebanyakkan aktiviti pembersihan ini dilakukan tanpa diarah seolah tahu tugas masing-masing. Bagi mereka yang membawa mesin memotong rumput, minyak dan kelengkapan mesin akan disediakan.

While in the cemetery various cleaning activities are done. Some are cutting grass, sweeping trash, cleaning trenches, repairing cottage grounds, cleaning grave grounds and more. What is fun is that most of these cleaning activities are done without being instructed as to know their respective duties. For those who carry lawn mowers, oils and machine fittings will be provided.

2A703668-6294-45AE-B71F-0C9745D06AF7.jpeg

Selesai membersih tanah perkuburan masyarakat brunai ini akan pergi ke rumah ibadat untuk tujuan yang sama. Persiapan ini adalah untuk persediaan bagi menunaikan solat terawih dan tadarrus al-quran semasa ramadhan nanti. Anak muda suku kaum brunai adalah golongan yang aktif dalam membersih surau dan masjid. Mereka akan menjalankan aktiviti ini tanpa sebarang paksaan.

Finished clearing the cemetery of this brunai community will go to the synagogue for the same purpose. This is for the preparation of the prayers of tarawih and tadarus al-quran during the Ramadhan. Young brunian youths are active in cleaning the mosque and mosque. They will carry out this activity without any compulsion.

619FA350-FFF2-4F5C-B3DC-8872EF772171.jpeg

Apa pun yang dilakukan biarlah aktiviti murni ini berterusan dikalangan masyarakat brunai itu sendiri. Selain dari semangat persaudaraan aktiviti ini mampu menjadi contoh yang terbaik untuk anak muda mereka.

Whatever it is let this pure activity continue in the community of the brunai itself. Apart from the spirit of brotherhood this activity can be the best example for their young people.

Sincerely

@zayyadmikael

Sort:  

You've been upvoted by TeamMalaysia Community :-

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Coin Marketplace

STEEM 0.26
TRX 0.11
JST 0.033
BTC 63966.64
ETH 3055.32
USDT 1.00
SBD 3.87