Dimanakah Pejuang Keadilan

in #novel6 years ago

Hanyut ku sendiri
Ditemani bot berkayu jati
Air mata membasahi pipi
Terkenangkan Ibunda dipenggal mati

Apalah dosa keturunan ku di dunia?
Ayah ku mati bertemankan takhta
Ibu ku mati di depan mata
Adik-beradik ku mati terkulai lehernya!

Hanya aku selamat dari durjana
Disorok pengembala tua di rumahnya
Diseludup ke luar negara
Untuk apa tiada yang tahu tujuannya

Air mata yang bercucuran
Membasahi pipi siang dan malam
Tiada tempat mengadu
Hilang arah tuju
Keseorangan di lautan biru

Hanyut

Bot kecil berkayu jati yang belayar tanpa di arah akhirnya keluar dari tengah lautan menuju ke sebuah perkampungan yang tidak dikenali.

Hatta, penduduk Kampung Besar kaget akan kehadiran sebuah bot kecil berisi seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun. Terasa begitu hangat tubuh anak kecil itu apabila dipeluk erat oleh seorang tua.

Dalam keadaan tidak sedarkan diri, anak kepada Raja Krisna Mahanta telah dibawa menuju ke sebuah rumah beratap nipah milik orang tua tersebut. Tiada sesiapa membantah malah mereka menawarkan diri untuk membekalkan segala keperluan nan mendatang.

Nelayan tua tersebut menjaga anak kecil itu ibarat menatang minyak yang penuh selama beliau tidak sedarkan diri. Turut bersama, dua cucu kembarnya iaitu Hasan dan Husin. Mereka berdua mendukung tugas dengan penuh amanah sambil diawasi jiran sekitar tatkala nelayan tua itu keluar mencari rezeki.

Siang dan malam silih berganti, bumi yang berpaksi dicurahi pancaran mentari pada setiap inci. Akhirnya, anak kecil itu bangkit dari lena derita yang berlarutan iaitu selama tujuh hari tujuh malam lamanya.

Seraya membuka mata, anak kecil tersebut menangis teresak-esak. Nelayan tua tersebut hanya menenangkannya tanpa sebarang soalan sehingga beliau kembali tenang. Dan begitulah keadaan anak Raja itu pada hari-hari berikutnya hinggalah satu musibah melanda mereka sekeluarga.

Matahari mulai rebah dan bulan kian meninggi. Meninggi sang bulan hanya untuk menjalankan tugas yang telah diberi, iaitu menyinari sang bumi silih berganti bersama sang mentari. Langit yang berhamparan luas dihiasi bintang bergemalapan, dicorak dengan beberapa aurora cahaya di gigi langit yang berwarna-warni melalaikan ketiga-tiga anak kecil itu dari tujuan asalnya.

Dek kerana penasaran dengan keindahan ciptaan Tuhan, mereka tidak menyedari seseorang telah mendekati mereka daripada belakang dan menyapa mereka setelah bersebelahan.

"Assalamualaikum."

"Wa'alaikum salam." Dijawab lantang oleh kedua-dua cucu orang tua itu dalam keadaan kaget. Anak Raja pula hanya mendiamkan diri.

"Siapakah gerangan kamu semua dan apakah hajat kamu kemari malam-malam begini?" Tanya orang tua misteri itu. Pakaiannya lusuh berwarna hijau. Berketayap hijau dan berselendang hijau.

"Ya , sesungguhnya kami terleka seketika apabila melihat keindahan alam ciptaan Tuhan. Kami kemari hendak mencari datuk kami yang tidak pulang-pulang," jawab Hassan sambil memeluk kedua saudaranya itu.

"Siapakah datukmu itu?"

"Said Muzzafar bin Said Mahmod." Ringkas jawab Hassan.

"Kembalilah kalian ke rumah dengan segera."

Usai bicara, lelaki misteri itu terus ghaib di hadapan mata mereka bertiga. Tercenggang, terlopong, dan ternganga. Dengan mata terbuntang, mereka saling berpandangan buat seketika sebelum bertempiaran lari seperti tidak cukup tanah pulang ke rumah.

Setelah dirasakan telah jauh dan kawasan disekeliling hampir tidak dikenalinya, Hassan akhirnya terhenti dari berlari dan barulah dia menyedari dua lagi saudaranya tiada bersamanya.

Sementara itu, Hussien dan anak Raja juga telah tersesat dan terpisah dari satu sama lain. Yang mana setiap satu dari mereka melalui hutan tebal yang berkabus sebelum 'tersesat'.

Di perairan Kampung Besar pula terlihat beberapa buah kapal perang tersusun rapi. Terlihat 30 buah bot kecil memuatkan 30 orang askar setiap satunya belayar menuju ke persisiran pantai Kampung Pulau Besar.

Sesudah mereka menjejakkan kaki ke tanah, maka bertempik sang jeneral inggeris menandai bermulanya serangan kepada penduduk Kampung Besar yang tidak bersedia kerana malam hari.

Askar-askar inggeris menembak mati sesiapa sahaja yang keluar daripada rumah mereka. Bagi yang berlindung di dalam rumah pula, askar inggeris akan membakar rumah mereka sehingga mereka keluar dan seterusnya menembak mereka berkali-kali.

Laungan keperitan berkumandang di segenap ruang. Darah bertebaran di mana-mana. Ada yang berlari menyelamatkan diri tetapi dikejar oleh askar inggeris sebelum menembak mati kesemuanya.

Selepas beberapa ketika, semuanya terhenti. Tiada pertumpahan darah bagi pihak inggeris. Ini satu kemenangan besar bagi mereka kerana telah lama mereka mengidamkan kejayaan ini.

Baki penduduk kampung tersebut diambil sebagai tawanan yang rata-rata terdiri daripada kanak-kanak, anak gadis mahupun para isteri. Hanya sedikit sekali bilangan lelaki kerana kebanyakannya telah gugur kerana berdiri menentang kekejaman pihak inggeris.

Setelah itu, jeneral tentera inggeris tersebut mengasingkan tawanan mengikut jantina masing-masing. Para isteri dan anak gadis penduduk kampung tersebut dikumpulkan bersama di tengah-tengah kampung, manakala para suami dan juga anak lelaki dikumpulkan di tepian kampung.

Tanpa diduga, pakaian para wanita dan anak gadis penduduk kampung tersebut direntap kuat oleh askar-askar inggeris yang kurang ajar sehingga tiada sehelai benang pun yang menutupi tubuh mereka.

"Jangan! Jangan buat begitu! Dia adalah isteriku!" Jerit salah seorang pemuda.

"Shut up!" Tengking askar inggeris sambil menghentak senapangnya ke muka pemuda tersebut.

Namun, pemuda itu masih gagah dan masih cuba untuk berlari mendapatkan isterinya yang baru sahaja dinikahi bulan lepas. Belum sempat pemuda itu mendapatkan
isterinya, kepalanya ditembusi sebutir peluru dari askar inggeris.

"Let this be an example! All of you must listen to me! All of this women is mine!" Tengking jeneral inggeris itu dengan lantang sambil menarik rambut sang isteri yang baru sahaja menjadi janda.

Seraya melihat sang suami yang bersepah otaknya ditembak, terkulai lemah tubuh sang isteri yang rambutnya masih didalam genggaman jeneral tersebut. Hatta, sang isteri meraung pedih dalam keadaan berbogel.

Seterusnya, para isteri dan anak gadis yang telah dibogelkan itu; dirogol beramai-ramai oleh angkatan tentera inggeris tersebut. Hatta, saki-baki tawanan kaum lelaki mengamuk dan cuba melawan kembali pihak inggeris.

Namun, semuanya sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur. Kesilapan mereka hanyalah alpa akan ancaman pihak luar. Kesemua kaum lelaki termasuk anak-anak mereka ditembak berkali-berkali oleh tentera inggeris.

Hanya tangisan, keresahan, kedukaan dan laungan kekecewaan bergema di Kampung Besar. Keindahan malam yang berseri-seri bertukar menjadi tragedi hitam yang gelap.

Di suatu sudut pula, lelaki misteri yang berjubah hijau dan berserban hijau hanya melihat daripada jauh kejadian pilu itu.

Menitis-nitis air mata lelaki misteri itu mendengar rayuan keras dari para wanita yang galak diperkosa askar inggeris durjana. Tiada kudratnya bagi mencampuri urusan dunia. Seraya itu, lelaki misteri itu menadah tangannya ke langit dan berkata;

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosa hambamu sekalian alam kerana terleka akan dunia. Sesungguhnya, kami manusia tiada kudrat melawan kehendakMu Ya Rabb!"

Dan malam terus berlalu meninggalkan manusia yang terleka akan ibadahnya.

Bersambung..

Sort:  

Hai, hello @mrpaker07.. Selamat datang di Steemit! Senang melihat anda gabung di sini.. telah upvote ya.. ;) (Sebutir kontribusi kami sebagai witness untuk komunitas Steemit Indonesia.)

Hai, salam kenal juga. Terima kasih mengalu-alukan saya disini!

@mrpaker07, I gave you an upvote on your post! Please give me a follow and I will give you a follow in return and possible future votes!

Thank you in advance!

Congratulations @mrpaker07! You received a personal award!

1 Year on Steemit

Click here to view your Board

Support SteemitBoard's project! Vote for its witness and get one more award!

Congratulations @mrpaker07! You received a personal award!

Happy Birthday! - You are on the Steem blockchain for 2 years!

You can view your badges on your Steem Board and compare to others on the Steem Ranking

Vote for @Steemitboard as a witness to get one more award and increased upvotes!

Coin Marketplace

STEEM 0.33
TRX 0.11
JST 0.034
BTC 66579.21
ETH 3282.19
USDT 1.00
SBD 4.30