Puisi 35: Jika 1.0

in #puisi5 years ago


Jika esok aku mati

Beginilah akan aku kongsi

Segala yang ada dalam hati

Biarpun tak cukup masa lagi

Kepuasan meluahkan melebihi

Segala usaha dahulu dan kini

Kerana makna datang dari diri

Bukannya mana-mana autoriti.

Destinasi fizikal itu pasti

Metafizikanya masih diragui

Pastinya jasad tak bernyawa lagi

Pastinya kita ada dalam memori

Mereka yang masih mengingati

Segala yang kita kongsi.

Apa yang kurang pasti

Adalah destinasi

Selepas mati

Cuma diyakini

Atas teori

Keimanan.

#puisi #share2steem



img

EARN STEEM - AUTO-POST TO STEEMIT FROM INSTAGRAM

CLICK HERE TO SET IT UP


P/S: Don't forget to Follow me.

mybanner.jpg

Posted from Instagram via Share2Steem

Coin Marketplace

STEEM 0.29
TRX 0.12
JST 0.033
BTC 63457.41
ETH 3119.12
USDT 1.00
SBD 3.94