Short Trip and Wedding Ceremony [Bahasa]

in #steem-cartoon6 years ago

IMG_20180429_075958.jpg


Hai semua.

Jumaat lepas (27/4/18) , mel pergi Terengganu, sepupu mel berkahwin, dan mel jadi bridesmaid. Sepupu mel orang Terengganu. Jarang jumpa tapi kitorang memang rapat. Bila family gathering mel dgn sepupu memang rapat sebab diorang je kawan mel masa mel kecil dulu. Sebelum mel ada adik perempuan. Huhu. Tapi sekarang bertegur bila jumpa je. Kalau nak keluar sekali tu masing masing duduk jauh. Ada pun sibuk dengan hal masing masing.

Mel mula gerak dari Serdang pukul 6 pagi sampai sana pukul 1 petang ada berhenti lah sekejap sarapan pukul 10 pagi macam tu dekat Raub, Pahang. Kemudian berhenti untuk solat Jumaat dekat Kuala Krai, Kelantan. Mel ikut Gua Musang. Alhamdulillah sepanjang jalan tak ada kesesakkan trafik atau kemalangan.

Usai solat Jumaat, kitorang gerak sampai Jerteh, Terengganu, beli keropok losong makan tengah hari apa semua baru check in hotel di Manor Beach Resort, di Bukit Keluang, Besut, Terengganu. Family mel duduk Chalet aunty uncle semua duduk bilik je. Family mel besar dan ramai.

Tapi sayangnya phone mel kehabisan bateri dan tak boleh on. Mel tak dapat tangkap gambar hotel. Tapi mel kredit gambar gambar ni semua dari Google huhuhuu

Ni gambar hotelnya
62562651.jpg

Ini chaletnya
2680800_v1_y.jpeg

Ini dalam dia. Cantik bukan? Mel tak pernah duduk kampung rumah kayu macam ni, jadi mel excited lebih hahaha
116891501.jpg

Bilik air berbumbungkan langit walaooo
116891692.jpg

Ini kolam renang dan bilik hotel.
116889543.jpg

Ini cafe dia. Cantik sangattt
1929412_951816448211552_4732355172029244690_n.jpg

Mel tertarik dengan tangga dia sebab nampak antik dan moden sempatlah juga mel tangkap gambar sebelum pergi menjalankan tugas selaku bridesmaid hehe

IMG_20180428_092447-01.jpeg

IMG_20180428_092251-01.jpeg

*From head to toe mel jahit sendiri. Embroidery pun sendiri juga hehe


Sepanjang masa bernikah semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Mel dgn sepupu sepapat semuanya get ready untuk bergambar dan ready untuk sanding pulak bawak dulang.

88652dd1-f43c-401b-b654-b10ca3cd7d8b.jpg

IMG-20180513-WA0017.jpg

Sementara tunggu pengantin untuk photoshoot outdoor, mel sempatlah juga tangkap gambar hehe ni koleksi gambar ala ala dekat california hahaha

IMG_8697-01.jpeg
IMG_20180428_162649-01.jpeg

Photoshoot timeeeeeeee!!! Mel sempat jugalah jadi photographer untuk cousin mel haha!

IMG_20180429_075958.jpgIMG_20180428_183012.jpg


Lepas habis semua majlis, mel and family pergi pantai penarik pula.. nak habiskan cuti yang bersisa. Di Pandan Laut, Pantai Penarik, Terengganu.
DSC5927.jpg

Bosan bosan pi laut dgn angin kuat nak gila sebab nak hujan. Jadi mel dengan abang mel, adik adik mel pergi pantai dan belajar ambil gambar. Mel ada join ga guide dia macam mana mel nak. Hehehe

Ini hasil abang mel tangkap tapi mel dah edit kat snapseed
IMG_0890-01.jpeg
IMG_0913-01.jpeg
IMG_0917-01.jpeg
IMG_0919-01.jpeg
IMG_0983-01.jpeg

Ya, angin kuat sangat mujur tak melayang. Hanya tudung je berkibar kibar. Itu sahajalah yang mel dapat kongsikan..
Mel harap awak awak semua menjalani hari yang baik baik sahaja.

Byeeeee.

Sort:  

Salam... Mel,

Dah join discord #steem-bahasa dgn #teammalaysia?... kalau belum rasanya mel perlu join utk dpt lebih support ya...

Waalaikumsalam,dah join dah :)

Coin Marketplace

STEEM 0.24
TRX 0.11
JST 0.031
BTC 61122.11
ETH 2972.46
USDT 1.00
SBD 3.66