Kisah Menyelamatkan Anjing Terbiar

in #steempress6 years ago (edited)


Anjing ini diberi nama Simba. Nama ini diberi kerana ia dijumpai di kawasan hutan berdekatan dengan kebun di kampung saya.

Pada waktu itu, abang saya pergi mencari durian. Dia ternampak seekor anak anjing yang berada didalam lumpur dan tidak boleh bergerak kerana lumpur itu hampir keras.

Anak anjing itu menyalak dengan lemah ketika ia ternampak abang saya. Dengan tidak membuang masa, dia terus menyelamatkan anjing itu dan membawanya pulang.

Anjing itu dimandikan dan dirawat kerana kakinya ada luka. Selepas itu ia diberi makan. Keesokan harinya abang saya membawa anak anjing itu berjumpa dengan doktor haiwan. Ia diberi suntikan dengan kos rm30.00


Kesimpulan

Hari itu merupakan hari terbaik kerana satu nyawa telah diselamatkan. Sikap rasa kasihan dan prihatin menjadikan kita sentiasa ingin menolong tidak kiralah ianya manusia ataupun haiwan. Semoga kisah cerita abang dan Simba, menjadi tauladan kepada kita semua.


Posted from my blog with SteemPress : http://arwine.vornix.blog/2018/10/12/kisah-menyelamatkan-anjing-terbiar/

Coin Marketplace

STEEM 0.24
TRX 0.11
JST 0.031
BTC 60936.15
ETH 2921.43
USDT 1.00
SBD 3.70