Perkhidmatan Dobi

in #steempress6 years ago (edited)

Hi Steemians,


Hari ini adalah hari cuti di Sabah. Terasa macam cuti hujung minggu pula.

Inilah rutin saya pada hujung minggu iaitu mencuci baju di dobi. Bukannya saya malas mahu memcuci baju di rumah... masalahnya adalah... tempat jemuran kain di Beverly Hills sangat sempit. Lebar ruang jemuran adalah lebih kurang saiz washing machine. Lagipun ruang jemuran itu tidak kena matahari.... Cuba bayangkan, sempit dan tidak kena cahaya matahari.. kain akan berbau..

Beverly Hills ada phase 1, phase 2, phase 3 dan phase 5. Tentu anda tertanya-tanya mana phase 4 kan... Beverly Hills tiada phase 4 disebabkan, 4 dikenali sebagai unlucky nombor kerana bunyi sebutan seperti 死 (sǐ), yang bermaksud "mati " dalam bahasa Chinese.

Saya anggarkan bahawa 1 phase ada lebih kurang 10 block.... 1 block ada 32 rumah.. Ertinya ada 320 buah rumah di phase 1... Semuanya ada lebih kurang 1280(anggaran kasar) buah rumah di apartment Beverly Hills phase 1,2,3,4...

Cuba bayangkan mereka juga seperti saya iaitu menggunakannya perkhidmatan dobi... Banyak untung kan.. Itu baru Beverly Hills... Belum campur lagi perumahan yang lain di sekitar kedai Beverly Hills... Wow..

Setakat ini cuma ada 3 kedai perkhidmatan dobi di Beverly Hills.. Selalunya jika saya pergi dobi, mesti ramai orang... Terpaksalah saya pergi waktu malam.... Malam pun ramai orang... Kadang-kadang saya terfikir, alangkah baiknya jika saya buat business perkhidmatan dobi.. Lol😂😂

Bolehkah angan-angan ini menjadi satu reality Cuma masa yang menentukannya Terima kasih kerana sudi membaca blog saya, jumpa lagi di artikel yang akan datang. Cheers!

 

 

 


Posted from my blog with SteemPress : http://arwine.vornix.blog/2018/09/17/perkhidmatan-dobi/

Coin Marketplace

STEEM 0.26
TRX 0.11
JST 0.033
BTC 63851.10
ETH 3059.36
USDT 1.00
SBD 3.85