Aktiviti Bersama Dengan Anak: Membentuk Ketam Dari Kertas!

in #steemxp6 years ago

Hi Steemians, apa khabar ?

Hari ini saya ingin berkongsi cara-cara melipat, menampal dan menggunting kertas. Aktiviti ini boleh dilakukan bersama-sama dengan anak anda. Teknik melipat dan menggunting dapat meningkatkan kemampuan berfikir dan meningkatkan pelbagai kemahiran dalam diri pada kanak-kanak seperti 'Fine Motor Skills'.

APA ITU ‘FINE MOTOR SKILLS’?
‘Fine motor skills’ dikenali juga sebagai kemahiran motor halus yang mana ianya melibatkan anggota badan yang kecil seperti pergelangan tangan dan jari jemari dalam melakukan sesuatu perkara.

Bahan-bahannya

  • Kertas warna
  • Gunting
  • Gam

Cara membuat:

  • Hasilkan bentuk bulatan pelbagai saiz dengan menggunakan komputer. Kemudian print pada kertas warna. Contoh seperti gambar dibawah.

IMG_20180913_222859.jpg



  • Gunting kertas warna mengikut saiz.

IMG_20180914_012643.JPG

IMG_20180913_235059.jpg



  • Lipat kertas tersebut seperti di dalam gambar.

IMG_20180914_000113.jpg



  • Kemudian susun kertas itu seperti gambarajah dibawah. Setelah disusun, gam kertas tersebut.

IMG_20180914_004046.jpg

Walaaa... inilah hasilnya...



Selamat mencuba :)

Coin Marketplace

STEEM 0.29
TRX 0.11
JST 0.033
BTC 63901.15
ETH 3133.40
USDT 1.00
SBD 4.05