Amalan Membaca Itu Penting

in #teammalaysia6 years ago

Hello rakan-rakan senusantara sekalian, tajuk utama saya pada hari ini berkenaan amalan MEMBACA


image source

Seperti yang kita faham konteks membaca ini bermaksud kita melihat setiap perkataan yang ditulis dan memahami melalui pemikiran dan falsafah kita tersendiri mahupun rangkuman fakta yang telah dibentangkan.

Agaknya ini ialah kali pertama saya menulis tentang topik ini kerana biasanya saya hanya menuliskan topik tentang kehidupan sendiri,muzik dan bola sepak. Bagi saya kupasan sedikit tentang amalan membaca ini sedikit sebanyak menambah ilmu pengetahuan saya dalam dunia steemit dan juga bermanfaat bagi para pembaca.

Saya bagi sedikit point kebaikan membaca:


image source
1 . Menimba ilmu pengetahuan

  • Seperti yang pernah Tun Mahathir pernah katakan suatu ketika dahulu, kita digalakkan rajin membaca isi-isi yang bermanfaat kerana kebaikan membaca juga menambah ilmu pengetahuan kita tak kira hal ehwal isu semasa mahupun hiburan.


image source
2 . Ketajaman Otak Berfikir

  • Memang diakui kelebihan orang yang rajin membaca fikiran mereka lebih tajam dan lebih supresif, berdasarkan pemahaman saya sel-sel otak kita akan beredar lebih lancar dengan amalan membaca kerana ianya merangsang otak kita untuk bersenam secara tidak praktikal.


image source

3 . Memperbaiki Kosa kata ketika menulis mahupun bercakap

  • Point yang ketiga ini adalah hasil daripada saya cuba mempraktikkan banyak membaca dan cuba bercakap ketika membaca, secara amalinya saya akan cuba mencari video perdebatan politik/temu ramah muzik dan juga membaca topik-topik yang saya cari dari wikipedia. Tidak secepat mungkin saya baik dalam penulisan mahupun bercakap akan tetapi ianya berhasil memberikan impak yang kecil sebagai permulaan.

Alternatif memperbaiki penulisan dan pertuturan

Subtopik ini adalah kaedah selain cara yang saya katakan tadi, ramai diantara kita malu untuk bertanya jangankan mengata orang.. saya sendiri pada mulanya kekok untuk memulakan 'conversation' perbualan sesama rakan di steemit. Adakalanya saya tidak tahu bagaimana cara untuk berinteraksi dengan orang sekeliling, namun saya ada beberapa point yang boleh diguna pakai:

1 . Jangan Malu

  • Tidak dinafikan malu ialah normal bagi seseorang, namun tidak bagi tang menginginkan kejayaan tapi tanpa usaha, ianya mustahil tak akan ada emas jatuh percuma dari langit melainkan anda sedar akan realiti dunia haruslah berani mencuba.

2 . Cari Kawan

  • Serius saya katakan kawan adalah salah satu faktor untuk kita berkembang, tanpa mereka kita tidak akan tahu sejauh mana pencapaian kita untuk memperbaiki yang kita mahu. Namun jangan silap tidak semua kawan yang kita boleh percaya, pendek kata 'hati-hati memilih kawan, jangan sampai jadi lawan'.

3 . Berfikir sebelum bertindak

  • Point yang terakhir ini penting untuk kita fahami, setiap orang ada tahap kesabaran masing-masing, namun perkara ini adalah asas tindakan anda realiti dalam penulisan dan pemahaman semasa membaca. Lebih afdal lagi semasa membaca kita haruslah menilai setiap isi dan maksud kandungan yang dibaca barulah kita berfikir untuk tindakan seterusnya.

PENUTUPAN

  • Amalan membaca amatlah berguna untuk kita, namun di zaman moden ini ramai yang malas membaca dan hanya lebih tertumpu kepada tajuk tanpa usul periksa. Sebab itu tanamkan azam anda seperti yang saya juga tetapkan setiap hari walaupun saya malas, sekurang-kurangnya sekali sehari membaca berita penting boleh meningkatkan daya pemikiran kita secara tidak langsung kita boleh setaraf dengan pemikiran negara kelas pertama dan didiklah generasi kita akan datang dengan amalan membaca.

Terima Kasih jika ianya bermanfaat resteem ataupun sebagai tanda sokongan upvote atau kedua-duanya sekali.

Sort:  

banyak baca banyak tau, banyak baca banyak ilmu...ayo membaca..

You've been upvoted by TeamMalaysia Community :-

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

@arjimi, inilah yang dikatakan kualiti penulisan.ini bokeh diperbaiki lagi.tingkatkan usaha and a.

Coin Marketplace

STEEM 0.25
TRX 0.11
JST 0.032
BTC 62432.37
ETH 3003.22
USDT 1.00
SBD 3.78