Sejarah seumur hidup

in #teammalaysia6 years ago

Assalamat sejahtera khas buat kalian, mungkin ada yang tidak tidur dari semalam dan begitu juga aku disini menunggu keputusan khususnya sebagai rakyat Malaysia yang menyaksikan peralihan kuasa antara parti pemerintah.


image source

Namun saya tidak menceritakan parti siapa dan siapa yang memerintah cuma luahan hati sejak terakhir menikmati kesenangan dan kos rendah pada tahun 2003. Sekali lagi bunga kembali mekar dan saya amat terkesan kerana dapat memyaksikan salah satu sejarah dalam penglibatan arena politik.

Syukur sekali ketika proses walaupun ada yang berlainan fahaman, namun tetap hormat menghormati salah satu sama lain dan menjaga keharmonian masing-masing. Seumur hidup aku pertama kali melihat persaingan yang begitu sengit dan bermacam-macam ideologikal yang sehat untuk dikongsikan.

Aku bukanlah seorang yang arif tentang kiasa bias hal ehwal semasa negara namun tiba masanya untuk kita menentukan perisa dan rasa asam garam adat pemilihan parti. Terakhir sekali ini sahaja coretan yang aku tuliskan, sungguh teruja melihat perkembangan negeri mahupun negara dan berharap semoga peneraju negara mampu memberikan yang terbaik kepada rakyatnya.

salam satu warkah ku usapkan kepala adik bongsu ku memikirkan masa depan mereka yang mana mungkin ku telah melalui penuaan pada masa itu, hari ini aku berdiri sebagai orang muda dan semoga negara kita mencapai wawasan setaraf dengan negara- negara yang maju.

Sekian

Sort:  

Mari kita bersama membangunkan negara yang baru. Biarkan bendera Malaysia dikibarkan dengan keagunggan, kesejahteraan, bebas dari rasuah dan dihormati sekali lagi di pentas dunia.

upvoted

tak kira bangsa dan agama kita tetap sama sebagai warga malaysia, megahnya bendera Malaysia dikibarkan menunjukkan semangat patriotik dalam diri kita. Terima kasih

This post has been curated by TeamMalaysia Community :-

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Coin Marketplace

STEEM 0.30
TRX 0.11
JST 0.033
BTC 64243.42
ETH 3152.93
USDT 1.00
SBD 4.28