Selamat Hari Ibu

in #teammalaysia6 years ago

Hei Selamat hari minggu dan selamat hari ibu. Mungkin ada yang berkata setiap hari pun boleh sambut hari ibu namun adakah mereka juga melakukannya? Kita abaikan.

IBU adalah suatu magis yang tidak ternilai harganya,
Bahkan pusing satu lautan tiada bandingannya,
Setinggi gunung tinggi lagi jasamu,
Pintu syurga dibawah oh restu ibuku.

Banjir ribut engkau perisaiku,
Musim kemarau pula menjadi salju,
Separuh dirimu telah berlalu,
Diganti aku unjurkan generasimu.

Ketika waktu kecil kenakalan aku dikatakan hyperactive amat merisaukan ibuku, namun siapa tahu setelah penat lelah beliau tanpa jemu mendidik generasi yang bakal menggantikan kini menjadi seorang yang berfikiran jauh.


Mungkin ibuku pernah kecewa atas pilihan hidup yang aku 'passion', namun beliau percaya bahawa sinar disebalik mentari ada bayang legasi yang akan menjadi tunjang seantero planet.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, kita sebagai pengganti generasi mereka kelak seharusnya kita jangan lupa akan jasa-jasa mereka. Ingatlah ketika ketika masih bayi dahulu betapa sengsaranya ibu kita tak henti selama 24jam penat bak tak lelah demi menjaga anak yang merek sayangi.


Sekian seloka buat ibu yang tersayang tak nuk jauh disana. Semoga sihat sejahtera hendaknya.

Terima kasih.

Sort:  

You've been upvoted by TeamMalaysia community. Here are trending posts by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/trending/teammalaysia

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Coin Marketplace

STEEM 0.35
TRX 0.12
JST 0.040
BTC 70601.11
ETH 3576.21
USDT 1.00
SBD 4.78