Apakah yang patut ibubapa lakukan untuk memperbaiki komunikasi dengan anak-anak?

in #teammalaysia6 years ago (edited)

Source: Pexels-Free Stock Photos

Jangan salahkan anak-anak jika mereka kurang berkomunikasi dengan anda tetapi aktif berkomunikasi dengan orang lain. Biasanya perkara itu terjadi kerana sikap ibubapa yang suka bercakap kasar dan tidak menghiraukan perasaan anak-anak.

Ketika anak-anak hendak berkomunikasi, anda melayan mereka dengan sambil lewa. Contohnya: mengangguk-angguk sahaja sambil memegang telefon bimbit dan melayari Facebook, apabila anak anda hendak bertanya atau menunjukkan sesuatu.

Jika anak anda bersikap sedemikian, itu adalah tugas anda untuk menyiasat, meneroka, mengetahui apa terjadi.

  • Luangkan masa untuk mendengar apa pendapat mereka dan yang penting sekali, jelaskan mengapa anda betul dan tidak setuju dengan jelas dan tenang.

  • Semasa mendengar pendapat mereka, pandanglah ke arah mereka dan bersedia untuk memberi perhatian. Kadang-kadang remaja berfikir bahawa pemikiran dan idea mereka tidak diambil serius oleh itu mereka mungkin akan berfikiran negatif tentang riaksi anda. Jika situasi ini berterusan sehingga mereka dewasa, lama-kelamaan mereka akan bersikap dingin kepada anda.

  • Ketika berkomunikasi gunakan nada suara yang lembut, tenang dan mesra bukannya berleter dan kesat Berkomunikasilah seperti anda adalah kawan mereka. Kadang-kadang remaja berfikir bahawa ibu bapa tidak memahami mereka sehingga sukar untuk berinteraksi.

  • Semasa berkomunikasi dengan mereka, pastikan suasana itu tidak berada dalam keadaan yang serius atau tegang sepanjang masa. Selitkan jenaka/humor anda, tetapi jangan keterlaluan sehingga menjejaskan suasana hari itu.

  • Jika anda sedang menerangkan atau menasihati mereka, jangan bandingkan mereka dengan remaja yang lain. Ini boleh membuatkan mereka merasa rendah diri dan rasa tidak diperlukan.

  • Luangkan masa untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dengan mereka. Dengan cara ini, hubungan anda dengan anak-anak akan lebih mesra dan dapat dieratkan lagi serta komunikasi akan lebih bertambah baik.

Kesimpulan

Kita haruslah sentiasa peka terhadap perubahan kelakuan anak-anak. Komunikasi yang baik dapat membentuk personaliti yang positif dan akhirnya mereka akan menjadi orang dewasa yang berani serta yakin pada diri sendiri.

Who am I?

As I mentioned in my profile, I use this blog to share some tips and tricks. I also share my life stories, discoveries, questions, and drawings.

If you want to know what I'm doing, here are some facts about me:

  • My name is Angela.
  • I have 3 amazing kids!
  • Flowers and kids love me.. :)
  • I never say no to cheesecake.
  • Did I mention I love flowers?
  • I believe life is too short to worry about being a bad singer.
  • In reality, I’m a very shy girl and I’m actually nice.
  • I always looking to try and learn new things but I never really master anything..Lol
  • I believe in kindness, empathy and always making time to listen to a friend.
  • For me, my family comes first. That makes every decision very easy.

Thanks for visiting!

Sort:  

Bagus artikel ni @arwine. Ya betul, ibu bapa mesti meluangkan masa dengan anak anak supaya boleh tahu perkembangan mereka di dunia luar dan juga mengeratkan hubungan dengan mereka.

Terima kasih atas perkongsian post ini.

Betul tu @bboyade.
Ia juga dapat merapatkan silaturahim antara anak dan ibubapa.

Ya, betul tu

Tips yang sangat mencabar untuk dipratikkan tetapi sangat wajar dan wajib dilaksanakan. Tanggungjawab sebagai ibu bapa memang perit tetapi boleh membuahkan hasil yang baik sekiranya dilakukan dengan teliti serta bijaksana.

Betul tu sis...
Menjadi ibubapa nie sangat mencabar. Kadang-kala saya pun boleh jadi gorilla di rumah. 😂
Dengan adanya artikel ini, secara tidak lansung ia boleh menjadi peringatan untuk saya juga.

Kadang kala ada ibubapa tidak mahu diganggu oleh anak-anak sehingga memberi telefon untuk anak duduk diam bermain HP. ☺

Ya betul tu. Mesti mo pantau juga.. Kasi masa berapa lama durang buli guna. 😊

Hi @arwine artikel yang sangat bermanfaat. Ibu dan bapak adalah madrasah pertama bagi anak2. Memperbaiki komunikasi bisa membentuk masa depan anak yang lebih baik, mengajarkan juga anak untuk tahu bagaimana berkomunikasi yang baik dengan orang lain istilahnya sopan santun.
Salam kenal dari Indonesia

Saya setuju @dwiitavita.
Anak-anak sentiasa meniru kelakuan dan percakapan ibubapanya. Oleh itu kita kenalah sentiasa berhati-hati ketika berkomunikasi dengan anak-anak. Elakkan menggunakan perkataan yang negatif pada anak-anak.
Salam kenal @dwiitavita.

@arwin saya suka membaca tulisanmu menggunakan bahasa malaysia serasa saya bisa bercakap langsung dengan Upin dan Ipin. My favorit cartoon

start belajar main ML

maniac.. savage ..hahaa
Semasa bermain game, ibubapa juga dapat berkomunikasi dan mengeratkan hubungan dengan anak-anak.

Tips sangat penting, terima kasih

Artikelnya bagus dan telah kami upvote dan resteem ke 6916 follower yaa.. 😁 (Seberkas kontribusi kami sebagai witness di komunitas Steemit bahasa Indonesia.)

Terima kasih @puncakbukit 😊

You've been upvoted by TeamMalaysia community. Do checkout other posts made by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/created/teammalaysia

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Coin Marketplace

STEEM 0.29
TRX 0.12
JST 0.033
BTC 63464.16
ETH 3111.33
USDT 1.00
SBD 3.98