Episode ke-2: Pampasan Ku Mana?

in #teammalaysia5 years ago (edited)

Saya anak ke-7 dari 8 adik beradik, mempunyai 3 orang abang, 3 orang kakak dan seorang adik perempuan @ivora. Saya begitu bersyukur kerana mendapat beberapa bahagian tanah dari bapa saya.

IMG_20190407_183730.jpg

Ini adalah kawasan tanah saya dengan Uncle Michael, 2 nama dalam satu geran iaitu 1/3 bahagian saya 2/3 bahagian Uncle Michael. Luas geran ini ialah 2.305 ekar. Disinilah angan-angan saya untuk membuat rumah tetapi kawasan ini kerap kena banjir.

Kerajaan sedang menjalankan projek untuk membuat laluan sungai baru dan ia sedang proses mengorek tanah. Maybe dalam masa beberapa minggu lagi, projek korek sungai itu akan sampai di tanah kami.

Kerajaan akan membayar RM286k pampasan, dengan keluasan tanah 0.369 hektar. Borang pampasan sudah urus dan selesai... tapi duit pampasan belum dapat lagi sampailah sekarang. 1 tahun setengah saya tunggu... Satu sen pun belum nampak... Lol

Walaupun pampasan akan diberi nanti, saya akan menggunakan duit itu untuk membeli tanah uncle saya. Seperti yang saya terangkan diatas, 1 geran ada 2 penama. Kami tidak buat proses pecah geran sebelum ini kerana harga bayarannya sangat mahal.

Uncle Michael membuat cadangan untuk menerima kesemua duit pampasan dan akan menukarkannya 2/3 dari bahagian tanah itu kepada saya. Dengan kata lain, Uncle Michael hendak menjual 2/3 bahagian tanahnya kepada saya.

Saya tidak mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan, saya terus setujuh. Harga yang ditawarkan itu adalah sangat murah, dengan erti kata lain, ia adalah "harga kasih sayang" lol.. Lagipun saya tidak berapa memerlukan wang sekarang, so alang-alang biarlah saya yang beli untuk masa depan anak-anak.

Tetapi semuanya akan jadi sia2 jika bayaran pampasan lambat diterima. Saya tidak tahu bila kerajaaan akan membayar pampasan. Lagipun kami belum ada perjanjian hitam putih pasal jual beli tanah. Jika tanah itu jatuh ke dalam tangan anaknya kelak, segala-galanya akan menjadi kabur.

Harap-harap Uncle Michael mempunyai umur yang panjang, sentiasa sihat dan dijaukan dengan segala perkara yang tidak baik.


Episode 1: Pampasan Ku Mana

Moyang saya adalah diantara orang yang pertama meneroka kg. Sugud. Sampailah diturunkan kepada bapa saya.

Sort:  

Thank you for sharing your posts with us. This post was curated by TeamMalaysia as part of our community support. Looking forward for more posts from you.

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote bitrocker2020 witness

Coin Marketplace

STEEM 0.30
TRX 0.12
JST 0.033
BTC 64029.44
ETH 3157.04
USDT 1.00
SBD 4.02