Motivasi Minda: Dengki dan iri hati itu rugi!

in #teammalaysia6 years ago


Source

Ada kalanya manusia hanya suka melihat pada satu sisi saja. Mereka tidak suka meluaskan pandangan dan tidak ingin melihat dari skop yang lebih luas iaitu dari sudut yang berbeza atau berfikir di luar kotak.

Ada kalanya manusia hanya melihat ketika seseorang itu telah berjaya. Mereka gagal melihat halangan dan kesukaran yang dihadapi sehingga seseorang itu berjaya.

Maka mulalah terbit perasaan dengki dan iri hati dalam dirinya. Mereka mula kurang senang apabila melihat kejayaan dan kesenangan yang dimiliki oleh orang lain. Hati dan fikirannya tidak akan pernah tenang kerana dalam fikiran mereka hanya ada perasaan benci sehingga lupa bagaimana hendak bersyukur.

Sudah pasti situasi ini pernah kita lihat pada diri orang lain atau pada diri kita sendiri dimana kita sama sekali tidak pernah menyedarinya selama ini.

Maka hati-hatilah kawanku sekalian. Janganlah sampai perasaan dengki itu ada dihati kita kerana kehidupan ini penuh dengan dugaan dan cabaran.

Terima-kasih kerana membaca blog saya, jumpa lagi di post yang akan datang :)

Sort:  

As a follower of @followforupvotes this post has been randomly selected and upvoted! Enjoy your upvote and have a great day!

Thank you for sharing your posts with us. This post was curated by TeamMalaysia as part of our community support. Looking forward for more posts from you.

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote bitrocker2020 witness

Coin Marketplace

STEEM 0.27
TRX 0.11
JST 0.032
BTC 64579.45
ETH 3101.05
USDT 1.00
SBD 3.83