Noob Film Review - Kenduri Hari Merdeka by Al Jafree Md Yusop

in #teammalaysia5 years ago (edited)

9.jpg

Synopsis
Cerita mengisahkan Pak Akob (Idris Mddiah) yang dalam dilema untuk merancang hari perkahwinan anak perempuan beliau, Hana (Lia Natalia) bersama Akif (Raja Hakim) yang kebetulan jatuh sama pada cuti Hari Kebangsaan.

Hana kemudian terpaksa melupakan hasrat mengadakan majlis perkahwinan beliau dibandar kerana ditipu. Akhirnya Pak Akob memutuskan majlis beliau akhirnya dibuat secara gotong-royong atau pun rewang.

Tradisi yang semakin hilang

5.jpgTerlampau banyak masa berkomunikasi online, interaksi sebagai manusia semakin berkurang

Pada permulaan cerita, Zainol (Ashraf Muslim) tiba ke Balai Raya Kg. Gamin yang kosong dan sunyi macam sebuah rumah hantu. Bila Nana (Azar Azmi) tiba untuk memulakan kerja disitu pun keadaan Balai Raya tersebut teruk dan terbiar. Samalah dengan nasib tradisi rewang dan joget lambak.

Zainol adalah salah satu contoh pemuda yang tidak mudah tertarik dengan tawaran bekerja dikota. Sebanyak 8 tawaran bekerja telah ditolak beliau. Salah satu sebab adalah cintanya terhadap Nana dan kehidupan kampung.

4.jpgThe Berbudi pada tanah

Dalam Jalan Pintas arahan Nam Ron, Najib Razak meninggalkan perkampungan beliau, ibu yang sakit dan adik perempuan semata-mata untuk bekerja dibandar. Padahal tanah desa yang luas kering kontang tidak diusahakan.

Samalah juga dalam Jogho arahan U-Wei Bin HajiSaari dimana tanah hijau terbentang luas, terbiar tidak diusahakan, kerana terlampau taksub dengan laga lembu. Masih boleh lagi bersungut tidak ada wang.

Kawasan perkampungan yang ditinggalkan oleh generasi baru kerana memulakan hidup di kota juga kian bertambah. Kampung kampung yang penuh cerita dan tradisi semakin sepi. Rumah-rumah tradisional dibiar reput. Tanah terbentang luas tidak diusahakan. Kebanyakkanya hanya ditunggu untuk dijual.

Rewang pula bukan sengaja di tinggalkan tapi menjadi mangsa peredaran zaman. Ada juga yang masih mengadakan rewang tapi terhad kerana sudah tua. Yang muda sudah berkeluarga dan bekerja shift. Katering adalah alternatif yang paling mudah. Tapi tradisi hidup berkampung ini nampaknya akan hilang tak lama lagi.

Filem ini akan menjadi bahan sejarah untuk tontonan generasi dalam 50 tahun akan datang, seperti hidup sekolah berasrama di dalam sebuah lagi filem arahan Al Jafree Md Yusop, Melur Vs Rajawali.

8.jpgPengembara masa dari tahun 2095 tak faham budaya kenduri rewang

Bak kata Seniman M.Nasir dalam lagu Bonda

“...Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan...”

Perasan kan tiada kaum lain dalam filem ini? Kenapa agaknya....Jeng Jeng Jeng.....Nak di katakan filem patriotik atau tidak? Apa kata kita dengar apa kata Pak Hassan Abd Muthalib tentang filem patriotik!

Sort:  

Thank you for sharing your posts with us. This post was curated by TeamMalaysia as part of our community support. Looking forward for more posts from you.

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote bitrocker2020 witness

Hello @nazirullsafry, thank you for sharing this creative work! We just stopped by to say that you've been upvoted by the @creativecrypto magazine. The Creative Crypto is all about art on the blockchain and learning from creatives like you. Looking forward to crossing paths again soon. Steem on!

Coin Marketplace

STEEM 0.35
TRX 0.12
JST 0.039
BTC 70310.43
ETH 3568.34
USDT 1.00
SBD 4.73