Bermain DOS game menggunakan DOSBox

Windows pertama yang aku guna adalah Microsoft Windows 95, dan aku mula gunakan pada tahun 1996 semasa aku masih di sekolah rendah.

Masa tu game console seperti Nintendo, Sega & Playstation lebih popular berbanding game di PC. Mungkin kerana pada tahun 1996 harga PC adalah terlalu mahal, dan bukan semua isi rumah akan ada sebiji PC. Keluarga aku pun tak terkecuali.

Aku hanya berpeluang untuk bermain PC bila ada kelas computer atau bila aku ke rumah kawan aku yang ada PC di rumah.

Game yang mula-mula aku main di Windows 95 adalah Doom dan Battle Arena Toshinden. game waktu tu adalah DOS based. Aku masih ingat lagi bila nak main game, aku kene boot ke Windows terlebih dahulu, kemudian kena masukkan disket game ke dalam floppy drive, dan mount game ke dalam directory DOS.

Pada masa tu, aku tersangat kagum dengan graphic yang dihasilkan oleh PC. Bagi aku tersangat detail dan canggih.

Sekarang pada tahun 2018, graphic untuk gaming sudah bertambah lebih baiiikkkkkkk. Malahan ada yang nampak seperti hidup.

Tapi kadang-kadang, aku masih lagi bermain game DOS di notebook aku. Bagaimana nak main DOS game di PC? Mari aku tunjukkan:

Langkah #1
  • Download aplikasi DOSBox dari lama web www.dosbox.com
  • Selepas selesai download file installer, terus saja run dan install aplikasi DOSBox
    image.png
  • Cara nak install senang sahaja. Tidak begitu rumit. Boleh rujuk kepada rajah dibawah:
    image.png
Langkah #2
  • Selepas selesai install aplikasi DOSBox, langkah seterusnya adalah untuk download dan simpan DOS game di dalam folder
  • Di internet ada banyak website yang memberi DOS game secara percuma, salah satunya adalah emuparadise.
  • Korang boleh pilih, download dan kemudian simpan file game di dalam satu folder. Sebagai contoh, aku simpan semua game DOS aku dalam folder DOSGame di dalam SDCard

image.png

Langkah #3
  • Sekarang korang dah ada DOSBox dan game DOS. Untuk mula bermain game DOS agak leceh sebab tiada GUI. yang ada cuma command line interface.
  • Apa yang korang kena buat adalah run aplikasi DOSBox dengan double-click icon. Korang akan nampak command prompt DOSBox

image.png

  • Dari situ, korang kena mount drive letter dan point kepada folder tempat DOS game disimpan. Seperti contoh dibawah, aku run command 'mount g e:\dosgame'
    image.png
    .

  • Selepas run command mount, pastikan korang dapat notification drive sudah mounted sebagai local directory. Notification tu adalah seperti dibawah
    image.png

  • Command seterusnya adalah untuk menukar dari default drive kepada mounted drive. Caranya senang saja, hanya perlu taip drive letter. Seperti contoh dibawah, aku taip 'G' sahaja untuk menukar drive. Boleh juga guna command 'cd G'.

  • Selepas masuk kepada drive G, bolehlah run command 'dir' untuk melihat list of folder yang ada di dalam. Setiap folder adalah mewakili game DOS:
    image.png

Langkah #3
  • Sekarang korang sudah mount drive & directory DOS game sudah sedia untuk di execute. Tapi bagaimana nak tahu apa yang perlu di execute.
  • Untuk DOS game, cari file yang berakhir dengan '.exe', atau ''.com'. Korang boleh refer kepada contoh di bawah:
    i) Masuk ke adalam folder game dengan menaip 'cd '
    ii) selepas masuk ke dalam folder game, run command 'dir', ini akan tunjukkan kesemua file yang berada di dalam folder tu. Cari file yang berakhir dengan '.exe'
    image.png
    .
  • Langkah terakhir adalah run file tu dengan menaip nama file seperti yang tertera pada command line interface

image_GAME.png

  • Sekarang korang dah boleh main game DOS. Ada banyak lagi game DOS yang menarik yang boleh dimainkan. Aku belanja sedikit lagi screeshot game yang aku ada:

image.png


@rosmadirazali


Sort:  

Thank you for sharing your posts with us. This post was curated by TeamMalaysia as part of our community support. Looking forward for more posts from you.

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote bitrocker2020 witness

Coin Marketplace

STEEM 0.29
TRX 0.11
JST 0.033
BTC 63945.57
ETH 3135.76
USDT 1.00
SBD 4.00