Keperluan vs Kehendak

Selalu kita dengar berkenaan issue adakah barangan yang dibeli itu adalah keperluan atau kehendak semata-mata?

Kalau tanya pada aku dua puluh tahun yang lalu, mungkin susah untuk aku jawab. Tak pasti macamana nak bezakan.

Tapi bila semakin menganjak usia, dan setelah ada keluarga sendiri. Dimana aku perlu mencari pendapatan untuk menyara keluarga, barulah aku dapat bezakan antara keperluan dengan kehendak.

Di bawah ni adalah pemahaman aku:

Keperluan

Keperluan adalah barangan yang diperlukan untuk day-to-day use. Dimana barangan keperluan adalah wajib dipenuhi untuk teruskan kehidupan. Tanpa barangan keperluan, susah untuk seseorang individu meneruskan rutin harian.

Contoh barangan keperluan adalah seperti:

  • Tempat tunggal / Rumah
  • Air
  • Minyak masak
  • Gula
  • Garam
  • Pakaian
  • Beras
  • Kenderaan

Ada banyak lagi barangan keperluan kalau disenaraikan. Tapi aku rasa korang sudah dapat bayangkan.
Bagi aku, pada masa sekarang, smartphone juga sudah menjadi satu keperluan.

Kehendak

Berbeza dengan barangan keperluan, barangan kehendak adalah untuk memenuhi keinginan diri. Tidak wajib atau diperlukan untuk meneruskan hidup. Lebih kepada untuk memuaskan hati sendiri.

Barangan kehendak sebagai contoh adalah:

  • Kenderaan mewah
  • Smartphone mewah
  • Rumah mewah
  • Baju berjenama

dan bermacam-macam lagi barangan yang boleh dikategorikan sebagai kehendak. Item ni bukan barangan asas dan boleh saja teruskan kehidupan tanpa barangan kehendak.


Nak kata aku tak ada beli barangan kehendak, memang menipu la namanya. Aku mengaku, ada juga benda yang aku beli kerana nak puaskan keinginan aku. Sebab setiap manusia ada kehendak yang dia nak penuhi.

Paling ketara pada zaman sekarang, adalah jenama smartphone. Seperti yang aku mention, smartphone sudah menjadi keperluan. Tetapi membeli smartphone yang mahal semata-mata kerana jenama, itu sudah menjadi lebih kepada kehendak.

Apa-apa pun, jangan sehingga melampaui batas. Bak kata pepatah "ukur baju di badan sendiri". yang jadi masalah, adalah bila ada yang jenis berhutang semata-mata nak penuhi kehendak.

Aku cuba untuk mengajar anak-anak aku supaya bersederhana. Anak aku yang sulung, aku & @irmeyhamidi mengajar dia tentang nilai & usaha yang diperlukan untuk mencari duit.

Anak aku yang kedua, kena tunggu mungkin lagi dua tahun untuk ajar dia. Mudah-mudahan, mereka berdua pandai menilai & membawa diri bila sudah besar nanti...in shaa allah


@rosmadirazali

Sort:  

This post has been curated by TeamMalaysia Community :-

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Coin Marketplace

STEEM 0.31
TRX 0.11
JST 0.034
BTC 64852.72
ETH 3178.07
USDT 1.00
SBD 4.20