Mimpi ngeri pengguna OS Windows = Windows Update

Majority pekerja pejabat di Malaysia adalah menggunakan sistem operasi Windows. Bila pakai Windows, mesti akan kena Windows Update. Laptop personal aku, sudah disable automatic Windows Update. Aku cuma download major update seperti firmware saja.

untuk kegunaan kerja, company aku sediakan kepada setiap staff sebiji laptop dengan OS Windows. Staff wajib membuat Windows Update untuk comply dengan IT compliance company. Sebab di office, tak pakai WSUS. Jadi kena update direct to internet dan tak boleh disable automatic Windows Update.


Apa itu Windows Update?

Windows Update adalah service percuma dari Microsoft. Di mana pengguna sistem operasi Windows akan mendapat updates seperti service packs dan security patches bagi sistem operasi dan perisian Microsoft yang lain-lain.


Paling aku tak suka, adalah bila nak shutdown laptop, waktu tu jugak Windows buat mandatory Windows Update.

Bila mandatory Windows Update, dah confirm tak boleh nak skip. Option yg ada cuma:

  • Update & Restart
  • Update and Shutdown

Aku baru saja terkena pagi tadi. Nak shutdown laptop sebab nak pergi kerja. Bila click pada windows logo, option yang adalah seperti yang kat atas tadi.

Sudah pasti aku pilih 'Update & Shutdown'.

Aku memang tahu yang bila Windows Update dijalankan, laptop tidak boleh dipadamkan. Nanti risiko untuk sistem operasi tu corrupt adalah tinggi. Mujurla bateri laptop aku sudah di charge penuh. Full charge boleh tahan sehingga 6 jam.

Cuma yang tak sangka, Windows Update tu akan makan masa yang sangat lama. Dari rumah aku, ke station LRT Ara Damansara, baru 15% update yang siap.

IMG_20180709_103458_477.jpg

Terpaksa aku usung laptop tu macam bawak tablet. Kalau laptop kecil & ringan takpelah. Ini laptop standard issue dari company; 14" dan berat 1.75kg.

Bila waktu pagi, waktu peak hour, dalam LRT sudah pasti sesak. Sangat leceh....

Sampai di office, Windows Update baru mencecah 75%. Kesudahan, pukul 11pagi baru selesai. Tak productive langsung aku pagi tadi. Kerana Windows Update, aku lunch awal hahaha

IMG_20180709_110842_131.jpg

Mujurlah balik dari lunch, Windows Update sudah siap. Sempat aku send semua report, quotation, update CRM dan segala kerja yang pending disebabkan oleh Windows Update

IMG_20180709_121207.jpg

Pukul 12.12pm baru aku boleh jadi productive

Moral of the story: Setiap hari Ahad, better check ada atau tidak Windows Update.


@rosmadirazali

Sort:  

Thank you for sharing your posts with us. This post was curated by TeamMalaysia as part of our community support. Looking forward for more posts from you.

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote bitrocker2020 witness

Coin Marketplace

STEEM 0.35
TRX 0.12
JST 0.040
BTC 70734.57
ETH 3561.52
USDT 1.00
SBD 4.75