Perjalanan PRU-14 aku

Semalam, 9 Mei 2018 adalah merupakan tarikh bersejarah bagi semua warga Malaysia. Dimana pilihanraya umum yang ke-14 telah berlansung. Dimana semalam juga kita dikejutkan dengan keputusan yang memang sudah lama dinanti oleh majority rakyat Malaysia.

Untuk pengetahuan, aku mengundi di Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang untuk N18 - Hulu Kelang. Manakala isteri aku, @irmeyhamidi mengundi di Jasin, Melaka.

Dua minggu sebelum, kami telah berbincang dan kami sepakat yang anak-anak akan tinggal bersama dengan aku. @irmeyhamidi pula balik ke Melaka bersama dengan adik-adik dia. Disebabkan @irmeyhamidi akan memandu jauh, makan dia balik dengan menaiki kereta Honda & aku akan memandu kereta Kenari.

Tapi oleh kerana hari Selasa, 8 Mei 2018, aku bekerja seperti biasa, anak-anak aku tinggalkan sebentar di rumah mak aku di Puchong. Pada sebelah petangnya, selepas balik dari kerja, aku tidur di rumah mak aku.

Pada tarikh keramat 9 Mei 2018, rasanyer sama seperti warga Malaysia yang lain, aku bangun awal dan bersiap-siap untuk pergi ke tempat mengundi yang telah ditetapkan.

Tapi sebelum aku boleh bergerak ke tempat mengundi, aku harus tunggu sehingga mak aku selesai mengundi di Puchong. Taklah begitu lama aku menunggu, dalam sejam sahaja.

Selepas mak aku selesai mengundi, kami pun bertolak ke arah Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang. Jalan tersangat clear. Tak sesak walaupun sikit.

Sedang aku memandu, tiba-tiba kereta slow down dan terus padam. Aduhh..minyak habis la pulak. Aku betul-betul terlupa nak isi minyak malam sebelumnya. Kena pula kereta Kenari, meter minyak sudah tak berfungsi. Memang tak ada indicator minyak sudah tinggal sedikit.

Tersadai aku, mak & anak-anak di tepi jalan. Aku tolak kereta perlahan-lahan sehingga sampai di sebuah fly-over yang ada tempat berteduh untuk motor.

IMG_20180510_185254.jpg

Mak dan anak-anak aku berteduh di bawah fly-over. Tidaklah mereka berpanas dalam kereta. Kebetulan di bawah fly-over tu ada grafiti yang menarik. Anak-anak aku siap mintak bergambar lagi

IMG_20180510_190641.jpg

Pada mulanya, aku cuba ambil Grab dari situ. Tapi setelah beberapa kali request, tiada pemandu GrB yang acccept request aku. Mungkin mereka pun nak cepat ke tempat mengundi.

Dengan kadar segera, aku terus buka aplikasi Google Maps dan cuba melihat station minyak terdekat dari tempat aku berhenti.

Aku lihat ada station Petronas terletak dalam 4km dari tempat kereta aku tersadai. Aku buat keputusan untuk berjalan kaki je station Petronas untuk membeli minyak.

Aku berjalan dengan berpandukan Google Maps di tangan. Setelah 1km berjalan kaki, aku ternampak sebuah bus-stop, dan di bus-stop tu ada basikal OBike.

Teringat yang aku memang sudah install aplikasi OBike di smartphone, aku pun open aplikasi tersebut. Aku bercadang nak buat online topup untuk unlock salah satu basikal.

Seronok bukan main bila aku nampak yang sempena PRU-14, OBike member perkhidmatan percuma kepada semua.

image.png

Sumber Gambar

Tanpa berlengah, aku unlock basikal di situ dan mula mengayuh ke station Petronas. Rasa sekejap saja aku sampai. Kalau aku berjalan kaki sepanjang jalan, memang aku takkan sampai lagi.

IMG_20180510_140405.jpg

Dah sampai di station Petronas, masalah lain pula timbul. Station tu tak jual tin untuk mengisi minyak.

Cari punya cari. Dengan aku selongkar tong sampah di area station Petronas, tak juga jumpa tong atau botol yang boleh aku guna isi minyak.

Pilihan terakhir yang aku ada, adalah beli satu botol air mineral 1.5liter, dan kosongkan botol tu. Aku minum suku saja air mineral, selebihnya aku terpaksa buang. Aku pun isi minyak di dalam botol air mineral.

Selesai isi minyak, aku bergegas semula ke fly-over tempat kereta aku tersadai. Risau tinggalkan mak aku sorang menjaga anak-anak aku.. Mereka dua tu dah la lasak.

IMG_20180510_140518.jpg

Dalam plastik tu adalah minyak yang aku isi. Taklah banyak, tetapi cukup untuk aku hidupkan kereta dan drive ke station minyak untuk menambah minyak.

Aku pun mula mengayuh basikal selaju yang boleh. Sampai di fly-over tempat kereta aku tersadai, anak-anak terkejut sebab nampak aku mengayuh basikal.

IMG_20180510_140551.jpg

Siap ajak aku bawa mereka berjalan-jalan naik basikal. Huhuhu, sorrylah, abah korang tengah penat sangat

IMG_20180510_140705.jpg

Bila nak isi minyak, baru perasan yang dalam kereta aku tiada corong. Jadi aku buat satu menggunakan botol plastik yang aku jumpa di kawasan berdekatan.

IMG_20180510_140625.jpg

Gunting memang @irmeyhamidi simpan satu dalam kereta. Berguna juga bila ada emergency. Lepas ni kena tambah first-aid kit pula.

Selesai aku tuang minyak dari botol ke dalam tank kereta, aku cuba untuk hidupkan kereta. Ahamdulillah boleh dihidupkan. Aku terus bergegas ke station minyak. Risau juga kalau di hadapan jalan sesak. Takut habis lagi minyak sebelum sempat sampai ke station minyak.

Syukur, jalan tak sesak. Sempat aku drive ke sampai ke Caltex di Bulatan Pahang. Aku isi lagi RM30.

Selesai mengisi minyak, aku terus menuju ke Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang.

Di pendekkan cerita, masa diambil untuk beratur cuma 30 minit. Kebetulan saluran undian aku tak ramai orang. Tapi saluran sebelah, beratur panjang.

IMG_20180510_140743.jpg

Aku sangat risau kalau-kalau aku tak sempat nak mengundi semalam. Tetapi dengan izin Allah, aku sempat menunaikan tanggungjawab aku kepada negara.

IMG_20180510_140855.jpg

Dakwat biru menjadi bukti :)


@rosmadirazali


Sort:  

Adoi, insiden ni mmg tidak diduga bro. Nasib baik bro steady dalam keadaan emergency begini.

Bestnya dapat menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat :D

Kalau minyak isi pada malam sebelum, mungkin tak jadi mcm tu. Tapi mujur semua ok.

Memang best, lebih-lebih lagi bila dpt result yang kita mahu

Betoi ni bro, masih berbaloi juga ni :D

World of Photography
>Visit the website<

You have earned 6.50 XP for sharing your photo!

Daily Stats
Daily photos: 1/2
Daily comments: 0/5
Multiplier: 1.30
Block time: 2018-05-10T12:47:09
Account Level: 1
Total XP: 264.50/200.00
Total Photos: 47
Total comments: 8
Total contest wins: 0
And have also received a 0.09 percent upvote.

Follow: @photocontests
Join the Discord channel: click!
Play and win SBD: @fairlotto
Daily Steem Statistics: @dailysteemreport
Learn how to program Steem-Python applications: @steempytutorials
Developed and sponsored by: @juliank

You've been upvoted by TeamMalaysia Community :-

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Coin Marketplace

STEEM 0.26
TRX 0.11
JST 0.033
BTC 64678.67
ETH 3086.68
USDT 1.00
SBD 3.87