Aku Di Laluan Gelap

in #teammalaysia6 years ago

Selamat semua dan hari ini merupakan hari jumaat, semestinya hari yang gembira khususnya yang bekerja hanya 5 hari seminggu. Baiklah hari ini saya menceritakan satu perjalanan cerita yang mungkin anda bingung, namun ianya bukan fakta namun hanya fiksyen semata-mata.

Nama aku Ijoy

Nama aku tak asing lagi dikalangan wanita kerna menyukai harta aku, aku tahu kerna semuanya mendekati aku sehingga ada yang sanggup mengadai maruah asalkan poket mereka penuh. Namun aku bukanlah seorang yang suka mempermainkan wanita lagi-lagi adik aku semuanya perempuan. Sebagai abang sulung seharusnya aku menjaga keluarga dan maruah aku.

Laluan Gelap

Pada suatu hari, kebiasaannya menjadi laluan pintas aku untuk ke masjid menunaikan solat, ketika di pertengahan jalan aku merasakan ada seseorang yang mengikuti aku... aku cuba bersangka baik mungkin ianya hanya mainan perasaan tetapi lama-kelamaan bunyi tapak kaki itu semakin kuat. Aku berlari pantas tanpa menoleh belakang sehingga sampai ke masjid, aku menunaikan solat seperti biasa dan ketika pulang semula ke rumah aku lalu jalan tadi bersama-sama rakan aku.

Berani

Kali ini bukan lagi rahsia sekumpulan wanita berpakaian singkat memukul rakan aku sehingga pengsan, aku ditangkap dan diikat lalu dibawa ke laluan gelap, disana aku tak menyangka bahawa seorang wanita bernama zulaiha yang juga merupakan kawan sekerja aku dalang semua ini. Aku ditelanjangkan sehinggakan rakan subahat zulaiha tak sampai tanah inginkan aku menyukai mereka, jujur aku katakan dugaan sebagai seorang manusia ialah kalah dengan hawa nafsu dan ya mungkin aku hampir dihanyutkan.

Zulaiha

Dia bersuara " joy, selama ini aku cuba mendekati kamu, aku bagi semua yang kamu perlukan ketika kita kerja, namun mengapakah engkau masih tak faham lagi?"

Lalu ku terdiam dan membisu, aku tak tahu selama ini Zulaiha seorang yang begitu sopan santun rupanya disebalik itu semua hanyalah lakonan. aku menjawab " aku hanya orang biasa cuma menjalankan tanggungjawab aku, mengapakah aku diseksa sebegini.."

Zulaiha " Ahh aku tidak peduli, sekarang kau tak mahukan aku, mungkin harta yang engkau ada sebagai tawaran untuk aku.."

aku buntu dalam masa yang sama aku tak kisah asalkan aku terlepas dari cengkaman mereka, aku meronta dan cuba bangun untuk berlari namun usaha aku semua hanyalah sia-sia. Rakan subahat Zulaiha mengambil sebaldi air dan menyiram ke seluruh badan aku..

Ahhhhhh!!!! air panas mengelegak menembusi kulit aku.. tambahan lagi bukan sekali.. berkali-kali aku disimbah dengan air panas...

Buka mata

Aku membuka mata tak menyangka aku hanyalah bermimpi, oh celakanya mainan mimpi dan terima kasih kepada ibu yang menyiram aku diawal pagi.. 😂

Sekian dan jumpa lagi semoga hari anda terhibur dengan cerita coretan yang saya hasilkan.

Sort:  

buli bkin buku suda ni ui 😂

bakat terpendam 😝

This post has been curated by TeamMalaysia Community :-

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Coin Marketplace

STEEM 0.32
TRX 0.12
JST 0.034
BTC 64837.84
ETH 3174.86
USDT 1.00
SBD 4.17