Asal dari kampung

in #teammalaysia6 years ago

Hi semua! esok hari adalah hari penentuan dan adalah tanggungjawab kita menunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia. Baiklah topik saya pada hari ini adalah berkenaan dengan kisah hidup saya ketika remaja, sepatutnya kita bersyukur dengan apa yang kita ada. 😊


Saya dilahirkan di perkampungan Liu terletak pendalaman pitas, sememangnya saya dilahirkan dengan warna kulit sawo matang lebih-lebih lagi saya amat aktif dengan kehidupan di hutan serta bersukan, agaknya masa kecil saya amatlah lasak dan telah biasa dengan kehidupan yang susah.

Ketika waktu saya sekolah dahulunya saya tinggal di asrama Smk Telaga, kehidupan saya berbekalkan Rm10 setiap bulan. Hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana susahnya kehidupan ketika waktu saya masih bersekolah, tamatnya zaman persekolahan saya terus ke kota kinabalu mengikuti kakak saya bekerja.

Sehingga hari saya akan tetap ingat bagaimana susahnya hidup dan mungkin setiap kehidupan kita ada cerita tersendiri, semoga panduan ini berguna kepada sesiapa yang mungkin pernah merasakannya kita kongsikan bersama-sama dan jangan mengalah untuk kehidupan yang lebih baik.

Sekian dan terima kasih 😊

Sort:  

Cerita kehidupan menarik dan sangat bermanfaat. Salam kenal dari Aceh - Idonesia @susanjill

mcm kenal tu gambar hehe

You've been upvoted by TeamMalaysia community. Do checkout other posts made by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/created/teammalaysia

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Coin Marketplace

STEEM 0.29
TRX 0.12
JST 0.033
BTC 63855.79
ETH 3113.00
USDT 1.00
SBD 4.04