PERBEZAAN RUMPUT DAN LALANG

in #alam-semulajadi6 years ago (edited)

Pernahkah anda terpesona dengan tumbuhan tumbuhan disekeliling anda. Ada tempat memang sekali tiada rumput iaitu di padang pasir atau di gurun Sahara. Jika tiada rumput maka tempat itu memang panas sepanjang masa. Jika menanam rumput komersial dan rumput khas untuk satu-satu padang seumpama padang golf atau padang bola sepak, ini akan menelan kos-kos yang mana kekadang terlalu mahal sampai mencecah puluhan ratus ribu ribu ringgit mahupun dollar. Ini adalah kerana pihak tertentu mahukan standard rumput yang sama dan warna kehijauan yang sama.

Rumput dan Lalang adalah berbeza. Sebelum ini kedua dua panggilan ini adalah sama bagi saya.Setelah meneliti dan membaca rupanya jauh perbezaan tumbuhan ini dikategorikan.

Rumput dikenali sebagai tumbuhan monokotiledon (mempunyai satu kotiledon) yang bertumbuh tegak, berumpun atau bercabang, merayap, menjalar dan tumbuh melata. Rumput yang paling menarik bagi saya adalah rumput jepang atau rumput peking. Rumput ini dikomersialkan untuk padang golf. Ini disebabkan rumput ini tumbuh nya tidak menegak tetapi menjalar dan menebal seumpama karpet diatas tanah. Jika bermain golf pun senang bola bergolek dan tatkala memberi pandangan kawasan hijau yang sangat cantik meluas mata memandang. Apabila memijak pada rumput ini tanpa berkasut pula tidak berasa geli malahan memberi sensasi yang cukup mengagumkan.

Sumber Bahan Gambar1

Sumber Bahan Gambar2

Lalang pula adalah tumbuhan liar senang tumbuh di cuaca Malaysia tanpa ada penjagaan yang rapi.

Rujukkan dari Wikipedia menyatakan Lalang juga dikategorikan sebagai Pokok dan menamakannya Pokok Lalang. Lalang juga dianggap sebagai rumpai air.Nama lain untuk Pokok Lalang juga dipanggil Pokok Keladan atau nama botani nya Imperata Cylindrica. Jangan beranggapan Lalang sebagai tumbuhan yang tiada peranan di dalam kitaran kehidupan tumbuhan. Peranan Lalang amat besar terutamanya menghalang tanah terus terhakis terutama sekali pada waktu hujan yang lama . Lalang menghalang tanah dari dihanyut terus ke sungai. Salah satu kaedah untuk mengelakkan tanah runtuh terjadi dengan berleluasa dan kesuburan tanah juga terjamin.

Sumber Bahan Gambar3

Sumber Bahan Gambar4

Pendek kata tumbuhan tumbuhan yang asal pada mata kasar manusia tiada guna pada awalnya kini menjadi satu bantuan dari segi ekonomi dan pengurusan tanah terhakis. Kesimpulannya rumput mahupun lalang harus dipelihara sebaik mungkin dan diguna sebijak bijaknya agar ekosistem berada pada tahap seimbang dan sejagat.

Gambar rajah dibawah ini mungkin ada dikalangan anda diluar sana tahu jenis tumbuhan ini. Sila komen pandangan anda selepas ini. Saya pun ingin tahu nama sebenar tumbuhan liar ini dan apakah peranan tumbuhan jenis ini.

WhatsApp Image 2018-05-06 at 12.58.00 AM.jpeg

Untuk pembacaan selanjutnya boleh ikuti blog dibawah ini:-

https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/audio-mixer-digital-dan-audio-mixer-analog

https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/dante-digital-audio-network-through-ethernet

https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/kenapa-perlu-tukar-minyak-enjin-setiap-5-000km-atau-10-000km

https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/penggunaan-hawa-dingin-yang-selamat-semasa-di-dalam-kenderaan

https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/steemit-junior-malaysia-telah-mengorak-selangkah-hadapan-2018

https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/rekaan-sistem-audio-video-teknologi-penyiaran-broadcasting-teknology-part-2

Sort:  

You've been upvoted by TeamMalaysia community. Here are trending posts by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/trending/teammalaysia

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Congratulations @voltranrex! You have completed some achievement on Steemit and have been rewarded with new badge(s) :

Award for the number of upvotes received

Click on any badge to view your own Board of Honor on SteemitBoard.

To support your work, I also upvoted your post!
For more information about SteemitBoard, click here

If you no longer want to receive notifications, reply to this comment with the word STOP

Upvote this notification to help all Steemit users. Learn why here!

Coin Marketplace

STEEM 0.28
TRX 0.13
JST 0.032
BTC 60918.56
ETH 2919.11
USDT 1.00
SBD 3.56