Manfaat Kunyit Hitam

in #armymalaya5 years ago

Tahukah anda kunyit hitam banyak manfaat terutama dalam penjagaan kesihatan kita. Biasa yang kita dengar hanya kunyit biasa - kuning/oren. Pihak MARDI telah menjalankan penyelidikan tentang kunyit hitam.

Berikut adalah antara manfaat yang boleh diperolehi

↗️ Mencegah diabetik/ mengawal gula dalam darah
↗️ Mencegah obesiti
↗️ Anti oksidan yang baik (anti oksidan dalaman)
↗️ Mengurangkan risiko sakit otot, sakit kepala/perut, meningkatkan kekuatan otot, meningkatkan bekalan darah ke se-sel otak.
↗️ Membantu mengimbangi tahap hormon, mengawal haid dan meningkatkan daya hidup bagi wanita, namun keputusan mungkin berbeza bergantung kepada individu.
↗️ Aktiviti aprodisiah (meningkatkan keinginan seksual, motivasi seksual dan prestasi seksual)
↗️ Anti kanser
↗️ Antiplasmodial (mencegah malaria atau denggi) antikulat dan anti mikrobakteria sederhana
↗️ Aktiviti adaptogenic dan kesan anti kemurungan (meningkatkan daya tahan terhadap spektrum luas faktor berbahaya (tekanan) yang sifat fizikal, kimia dan biologi berbeza
↗️ Penyakit keradangan yang berkaitan: gout, alahan/alergi, ulser apthous dan ulser peptik.
↗️ Aktiviti anti alergi
↗️ Kesan anti-gastrik ulser
↗️ Aktiviti anticholinesterase (mencegah dan penawar penyakit Alzheimer)
↗️ Mengawal gula dalam darah dan peredaran darah, meningkatkan peredaran darah
↗️ Meningkatkan libido, nafsu
↗️ Meningkatkan daya tahan dan daya hidup
↗️ Meningkatkan kekuatan dan tenaga, mengurangkan keletihan
↗️ Membantu sistem penghadaman
↗️ Mengurangkan trigliserida,
↗️ Kesan sindrom anti-metabolik
↗️ Recoveri daripada sensitiviti sejuk yang berlebihan dan bengkak

Sumber MARDI

Kini untuk memudahkan pengguna, ada pengusaha yang telah mengesktrak kunyit hitam dan memasarkan dalam bentuk kapsul. Anda boleh cuba mencari di farmasi atau wakil-wakil jualan yang berkenaan. Pastikan produk telah mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan bagi mengelakkan produk tiruan.

Posted using Partiko Android

Coin Marketplace

STEEM 0.30
TRX 0.12
JST 0.033
BTC 64420.25
ETH 3150.23
USDT 1.00
SBD 3.99