Konsentrasi Yang Jitu

in #bahasa-malaysia6 years ago

Alkisah hari ini seperti biasa aku membeli juadah berbuka puasa sambil meneliti apa yang dihendakkan oleh hati, ikutkan hampir kesemuanya sahaja ingin aku ratah namun perlu dilihat dari segi kewangan maklumlah hujung bulan ini kita harus berjimat cermat


image source

Topik hari ini lain tak bukan aku suka menceritakan perkara-perkara yang logik mahupun sebuah cerpen pendek, KONSENTRASI bermaksud kita fokus dalam suatu perkara. Agak mudah ungkapannya namun ianya memerlukan daya mental yang tinggi dan konservatif terhadap setiap inci dari perlakuan kita.

Bagaimanakah anda tahu jika anda tidak boleh menumpukan perhatian ialah bilamana anda sedang stress, tidak minat, bersedih dan terlalu yakin(over-confident). Seharusnya kita mengimbangi setiap aspek perbuatan kita yang patut ialah:

  1. Berwaspada
  2. Positif
  3. Fokus pada suatu perkara dahulu
  4. Kepentingan terhadap sesuatu
  5. Yakin dan percaya

Sebagai contoh anda diberikan satu tugasan melatih anak buah anda dalam latihan berbasikal, anda tahu anak buah anda mempunyai bakat dan sentiasa menjuarai setiap pertandingan yang diikuti, namun lama kelamaan kegemilangan itu semua secara perlahan menghilang dari radar bilamana anda terlalu selesa untuk membiarkan anak buah anda dalam keadaan yang tidak berwaspada prestasi semasa. Anda juga tidak dapat menumpukan konsentrasi terhadap satu bidang disebabkan kecuaaian anda menjadikan tanggungjawab anda sebagai sikap acuh tak acuh.

Andaikata kita fokus terhadap benda yang kita buat, semestinya kita berjaya menangani tekanan dalam apa jua keadaan. Disamping itu juga ianya melatih diri anda sendiri menjadikan tribal susunan jadual tidak berkala.

Penutup

Hal ini saya melihat ketika saya sedang berada di tanjung lipat tadi sebelum berbuka puasa, melihat seorang jurulatih yang melatih anak buah beliau dengan begitu tenang dari memberikan semangat yang positif serta menyebut perkataan "son, you need concentrate yourself before do another thing".

Sekian dan jumpa lagi.

Sort:  

You've been upvoted by TeamMalaysia community. Here are trending posts by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/trending/teammalaysia

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Coin Marketplace

STEEM 0.27
TRX 0.13
JST 0.032
BTC 60986.03
ETH 2921.26
USDT 1.00
SBD 3.57