Music dan Covid-19

in #bahasa4 years ago

MUSIC & COVID-19 | Dari sudut pemuzik

Hello dan selamat beristirehat disamping keluarga tersayang semua dan diharap semua sihat sahaja ya.

Perkongsian saya kali ini mengenai situasi seorang ahli muzik bebas atau boleh juga dikatakan sebagai seorang yang tidak mempunyai source of income kedua untuk menampung kos kehidupan.

Saya sendiri bermain muzik sudah lama, sejak dari bangku sekolah lagi sehingga sekarang dan menganggap ini adalah sebagai passion saya sendiri walaupun hidup sebagai pemuzik di Malaysia adalah sangat rumit kerana ia tidak dapat menampung lebih kos hidup dan terpaksa mencari source of income kedua untuk membuat extra saving semasa kecemasan.

Tapi ada juga kawan saya yang lain yang berkerja sebagai fulltime musician sebagai the only source of income mereka tapi kecundang pada masa sekarang ini dimana wabak covid-19 telah membantutkan semua pergerakan kita termasuklah sektor² swasta.

Melihat kawan² saya bergelut dengan situasi seperti ini, menjadikan mereka terpaksa berbuat sesuatu diluar norma perkerjaan mereka semata-mata untuk survive. Ada yang menjual makanan, grabfood, runner dan lain-lain. Tapi tidak semua yang dapat berbuat demikian dan tertekan dengan keadaan mereka sekarang. Nasib baik dengan adanya bantuan kerajaan, dapat juga meringankan beban sesetengah pihak.

Saya juga berkerja sebagai driver untuk mempelbagaikan income saya dan tidak tertumpu kepada muzik sahaja dan ini dapatlah meringankan dan mengurangkan kebimbangan dalam pencarian kewangan.

Bukan itu sahaja, banyak premis seperti hotel² dan kedai² juga tidak dapat beroperasi secara penuh dan ada juga tutup kedai kerana tidak dapat menampung kerugian dan dengan penutupan pelbagai premis ini, para pemuzik juga langsung kehilangan perkerjaan.

Diharap agar situasi ini dapat ditangani dengan cepat di Malaysia supaya semua kita dapat kembali kepada keadaan yang baik.

-Stay Safe
-Stay Home

#resteem #follow #upvote

Sort:  

@innocentclair Ya kesian juga dengan mereka yang terkesan dengan wabak ni. Income pun terkena wabak juga. Kalau ada kesempatan, join contest @steemingcurators steemit open mic ya. Contest untuk para pemuzik steemit.

Coin Marketplace

STEEM 0.28
TRX 0.13
JST 0.033
BTC 62772.18
ETH 3032.07
USDT 1.00
SBD 3.67