Persoalan tentang damai. Bahagian 2.

in #melayu5 years ago (edited)

Melarikan diri daripada sesuatu masalah yang menjadi penyebab kepada tekanan hidup bukanlah satu jalan yang baik untuk mencari damai.

Namun untuk menjadi seseorang yang tabah untuk menghadapi sesuatu situasi yang sukar juga bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan.

Secara logiknya, jika kita lari dari 1 masalah pasti ada 10 lagi masalah yang akan mendatang, tidak kira kecil atau besar.

Kesimpulannya, lebih baik mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan setiap satu masalah yang mendatang kerana setiap satu kejayaan dalam menyelesaikan masalah itu akan memberikan ketabahan sedikit demi sedikit.

Ketabahan itulah yang akan membukakan jalan kepada ketenangan dan kedamaian.

Sekian, terima kasih.

Posted using Partiko Android

Coin Marketplace

STEEM 0.27
TRX 0.11
JST 0.030
BTC 71061.31
ETH 3796.70
USDT 1.00
SBD 3.56