STEEM-CARTOON - PANDUAN PENGHASILAN KONTEN/POS

in #steem-cartoon6 years ago (edited)

PANDUAN PENGHASILAN KONTEN ATAU POS


PANDUAN COVER.jpg


Pos ini saya tujukan kepada sesiapa yang baru mula berjinak-jinak dengan Steemit ni khususnya kepada kawan-kawan yang menghasilkan konten di bawah naungan tag #steem-cartoon ( #teammalaysia ). Ini bukanlah satu contoh terbaik, banyak lagi cara lain yang jauh lebih elok. Anda boleh cari sendiri, banyak pos yang sentuh bab ni kat dalam Steemit ni. Yang saya cuba kongsikan di sini hanyalah mengikut kefahaman dan pengalaman saya sendiri selama baru je nak cecah 3 bulan bekecimpung dalam dunia Steem ni. Kepada yang lebih tahu tu, kalau ada silap ke atau nak tambah, boleh terus komen kat bawah ni. Saya sendiri pun masih belajar lagi, jadi sebarang komen dan kritik tu saya terima dengan hati yang terbuka. Kita sama-sama belajar, dengan harapan semoga bermanfaat untuk semua pihak.

Baiklah, kita mulakan dengan perkara asas yang perlu ada untuk menghasilkan pos/konten yang baik dan berkualiti.

  1. TOPIK - Ini akan jadi penentu kepada tag apa yang kita boleh pakai untuk pos yang bakal kita hasilkan. Dalam konteks sakarang ni, kita ambil #steem-cartoon sebagai contoh. Jadi topik yang kita hasilkan tu haruslah berkisar tentang hal-hal yang berkaitan kartun.
  2. GAMBAR - Sekurang-kurangnya sediakan 3 gambar untuk setiap pos.
    • Gambar induk/utama yang menjadi tonggak kepada isi konten.
    • Gambar progres/pembikinan/belakang tabir. Sekeping pun ok kalau dah takde sangat. Seeloknya 3 atau lebih.
    • Gambar pengesahan identiti. Bukti yang menunjukkan kita sebagai tuan punya asli konten. Ini untuk peringkat awal sahaja, untuk mengelakkan berlaku kesulitan seperti pemalsuan identiti ataupun salah guna dalam akta hakcipta.
  3. PENCERITAAN - Sedikit penulisan tentang konten yang kita kongsikan tu. Lagi panjang, lagi bagus. Tapi janganlah panjang macam novel. Jangan pula terlampau pendek macam 2-3 patah perkataan je atau pun langsung tak tulis apa. Berpada-padalah mengikut kesesuaian topik, kalau gambar terlampau sedikit, berceritalah lebih panjang dan begitu juga kalau sebaliknya. Bagi seimbang.

Konten yang berkualiti bukanlah terlepak hanya pada sekeping gambar yang cantik. Kat memana pun dalam internet ni ada je gambar yg cantik. Buat sesuatu supaya konten anda lebih istimewa dari gambar-gambar cantik yang berpeleseran dalam internet tanpa sebarang maklumat tentang asal usul atau cerita di sebalik gambar-gambar tersebut. Jadikan konten anda istimewa dengan menambahkan sentuhan peribadi seperti penceritaan berkaitan gambar tersebut dan juga kalau boleh kaitkan bersama dengan beberapa gambar sokongan/tambahan lain.


KOD GAMBAR

Untitled-1 copy.JPG

  • SENTIASA PEKA DENGAN KOD GAMBAR YANG DI ISI, JANGAN MENYAMBUNG TEKS TERLALU RAPAT DENGAN KOD. KESILAPAN KECIL SEPERTI TERPADAM ATAU TERSUNTING WALAU SATU ABJAD DALAM KOD BOLEH MENYEBABKAN GAMBAR TIDAK MUNCUL DI DALAM POS. JALAN SELAMAT ADALAH DENGAN MENINGGALKAN SATU BARIS KOSONG ANTARA KOD GAMBAR DENGAN TEKS. DARI SUDUT SUSUN LETAK PULA, IA BERFUNGSI SEBAGAI RUANG BERNAFAS DALAM MEMBENTUK SUSUNAN KONTEN YANG LEBIH TERATUR.

GAMBAR MUKA DEPAN

Untitled-2 copy.JPG

  • GAMBAR PERTAMA YANG DI ISI SEBAGAI KONTEN AKAN DIPILIH SECARA AUTOMATIK SEBAGAI GAMBAR MUKA DEPAN KEPADA POS KITA. KALAU RAJIN, BUATLAH GAMBAR KHAS UNTUK MUKA DEPAN POS. KONSEPNYA SAMA DENGAN MUKA DEPAN BUKU ATAU MAJALAH, BOLEH MASUKKAN UNSUR SASPEN, MISTERI, SENSASI DAN SEBAGAINYA. IANYA MERUPAKAN SALAH SATU DAYA PENARIK BAGI MENAMBAT HATI AUDIENS UNTUK MEMBUKA DAN MEMBACA POS KITA.

TAG

Untitled-3 copy.JPG

  • ANDA DIBERI PILIHAN UNTUK MENGGUNAKAN 5 TAG YANG BERKESESUAIAN DENGAN KANDUNGAN DAN TOPIK POS ANDA. JADI, PILIH TAG YANG MENEPATI KRITERIA YANG ADA DALAM KONTEN ANDA. PENEGASAN SANGAT KUAT DIBERIKAN DALAM ISU PEMILIHAN TAG KERANA SEKIRANYA ANDA MELETAKKAN TAG YANG TIDAK BERKENAAN DENGAN POS ANDA, TINDAKAN SEPERTI KENA 'REPORT' ATAU KENA 'FLAG' (DILABEL SEBAGAI SPAM/SAMPAH) MUNGKIN DIAMBIL OLEH PIHAK YANG TIDAK BERPUAS HATI. JADI PILIHLAH TAG YANG BETUL DAN TEPAT.

GANJARAN

Untitled-4 copy.JPG

  • GANJARAN (REWARDS) ADALAH PILIHAN KEPADA JENIS GANJARAN UNTUK SETIAP POS YANG DIBUAT. ADA 3 PILIHAN DIBERIKAN:

    1. POWER UP 100% - SEMUA GANJARAN UNTUK POS DENGAN PILIHAN INI AKAN DISALURKAN TERUS KE STEEEM POWER (SP)
    2. DEFAULT (50%/50%) - GANJARAN DIBAHAGI KEPADA 2, 50% KEPADA STEEM DOLLAR (SBD) DAN 50% KEPADA STEEM POWER (SP). JIKA NILAI STEEM KURANG BERBANDING SBD DIGALAKKAN GUNA PILIHAN INI TANPA MENGIRA ADA KEPERLUAN POWER/CASH ATAU TIDAK.
    3. DECLINE PAYOUT - PILIHAN UNTUK TIDAK MENERIMA SEBARANG GANJARAN. SILA ABAIKAN.
  • KALAU NAK DUIT, PILIH YANG NOMBOR 2. KALAU NAK TAMBAH KUASA STEEM DAN MEMANG TAKDE NIAT NAK KELUARKAN DUIT, PILIH YANG PERTAMA. NOMBOR 3 TU UNTUK ORANG YANG TERLAMPAU IKHLAS BUAT POS TANPA MENGHARAPKAN SEBARANG GANJARAN.

  • MENGIKUT PENGALAMAN DAN NASIHAT DARI ORANG YANG LEBIH LAMA, SAYA GALAKKAN ANDA UNTUK MEMILIH NOMBOR 2.


UNDINAIK POS

Untitled-5 copy.jpg

  • UNDINAIK POS (UPVOTE POST) - TANDAKAN (✔) UNTUK TERUS UNDINAIK POS SENDIRI SECARA AUTOMATIK SETELAH SIAP MEMUAT NAIK POS. TINGGALKAN KOSONG UNTUK SEBALIKNYA DAN UNDINAIK POS SENDIRI SECARA MANUAL KEMUDIAN.

PANDUAN PENGGUNAAN KOD DALAM POS

Untitled-6 copy.jpg

  • MARKDOWN STYLING GUIDE - PANDUAN MENGGUNAKAN KOD-KOD HTML SEPERTI CARA-CARA MEMBUAT 'LINK', SAIZ, TEBAL/NIPIS, CONDONG ABJAD, DAN SEBAGAINYA. BOLEH CUBA TEKAN DAN LIHAT SENDIRI. AGAK PENTING JUGA UNTUK MENJAGA RUPA DAN SUSUN LETAK POS ANDA.

Rasanya itulah serba sedikit perkongsian dengan harapan dapatlah dimanfaatkan oleh kawan-kawan yang baru melibatkan diri dalam Steemit ni untuk menghasilkan pos yang berkesan dengan kandungan/konten yang berkualiti. Sebarang pertanyaan, komen, atau teguran bolehlah diajukan dalam ruangan komen di bawah.

Oh! Ya, sedikit lagi pesanan. Janganlah terlalu ghairah mengejar kuantiti pos dengan membuat pos bertalu-talu dalam masa yang singkat. Kejarlah kualiti, satu post setiap hari sudah dikira cukup kerap dan memadai. Berikan masa dan ruang untuk orang yang mengundinaik anda melihat pos kawan-kawan yang lain. Pos yang berterusan sehingga mencecah 2-3 atau lebih dalam masa satu jam (sebagai contoh) hanya akan memberi impresi yang kurang enak terhadap imej anda dalam komuniti di sini. Besar kemungkinan juga anda boleh dilabelkan sebagai 'Spammer'. Ambil masa dan perhatian anda untuk menghasilkan setiap pos. Tonjolkan kesungguhan dalam mempersembahkan konten yang berkualiti selaku wakil Malaysia kepada komuniti Steemit seluruh dunia.

#steem-cartoon
#teammalaysia

Sekian, Terima Kasih!

- oRen! -

WO-OWL BANNER copy.png

Sort:  

Upvoted ☝ Have a great day!

Thank you! 😊

terbaik tuan. saya follow resteem

Terima kasih! :)

Bagus penulisan @orenismr... memang amat informatif dan senang difahami. Moga jadi panduan dan menafaat kpd semua kita.
Jangan lupa untuk Upvote posting yang macam ni, bukan senang dia nak duduk dan mengarang sebaik begini.... dalam bahasa Melayu pulak tu... Mat Saleh tak faham ni. Tapi tak mengapa, komuniti kita pun dah besar.... boleh share dgn teman-teman di Indonesia juga... Ayoh dong, support!!!

Tahniah oren.
Terima kasih...

0C10EA09-9318-4706-A610-3F5F476CFD5A.jpeg

0FAD25BC-A14A-4E05-BEED-E54540550D0C.gif

Thank you Abe Mie! Hehe.. Bahasa Melayu lebih mesra rakyat, saya ni kalau nak tulis dalam Bahasa Inggeris agak merangkak la dan lambat sket. Thank you again Abe Mie for your support! Semoga bermanfaat, Insya'allah. :)

Good sharing bro. Thanks u

Sharing is caring, bro. Hehe, sama-sama n terima kasih! :)

Berbagi ilmu bermanfaat buat kami. Salam #steem-cartoon dari Aceh

Salam dari Malaysia, semoga bermafaat untuk semua ya. Terima kasih! :)

Steem-on, bro!

Terima kasih, Oren. Panduan ini tersangatlah diperlukan.

Sama-sama Wak @manaisarawak. Semoga bermanfaat. Terima kasih! :)

Terima kasih untuk info =3=

Sama-sama dan terima kasih jugak bro. :)

terima kasih banyak-banyak Oren @orenisme. sangat membantu untuk memahami dengan lebih dekat lagi Steemit ni

Sama-sama maju, @mfajif! 👌😁

Hai. Good post. Can u upvope me to? Tenkiu
🏃💨💨💨💨💨

Coin Marketplace

STEEM 0.27
TRX 0.13
JST 0.032
BTC 62875.98
ETH 2948.16
USDT 1.00
SBD 3.55