Ramadhan Al Mubarak 1439 Hijrah - SahursteemCreated with Sketch.

in #teammalaysia6 years ago (edited)

IMG_20180520_090822_235.jpg

Macam biasa, aku pasti akan dikejutkan oleh Oyenn sekitar jam 3 atau 4 pagi. Memang dah menjadi kebiasaan si Oyenn akan kacau aku tidur masa-masa begini sebab nak ajak main. Jadi untuk ramadhan kali ini aku x perlukan jam loceng dah untuk bangun sahur sebabnya si Oyenn pasti akan kejut aku bangun. Memang akan terjaga dari tidur yang lena. Mana tidaknya, dia akan gigit dimuka, ditangan, dikaki, selagi aku tidak bangun untuk dia ajal bermain dan bergurau. Sayang sangat aku dekat Oyenn ni. Dan kini Oyenn dah makin besar tapi manjanya mengalahkan baby.

Sempena ramadhan kali ini aku cuba sedaya upaya untuk bersahur hanya dengan makan buah kurma/tamar dalam 9biji dan 2gelas air untuk aku bersahur (stakat ni masih boleh bertahan).

IMG_20180520_092818.jpg

Walaupun aku sahur dengan kurma dan air aja, amalan bersahur ini amat dituntut untuk umat Islam berpuasa kerana dengan bersahur dapat membezakan amalan berpuasa umat Islam dengan yang bukan Islam. Juga, Ada keberkatan dan pahala untuk meraka yang bangun sahur ni. Dan setiap amalan baik dibulan yang mulia ini, Pahala akan digandakan.

IMG_20180520_091528.JPG

Alhamdulillah, hari ini dah masuk hari ke 4 umat Islam berpuasa.

IMG_20180520_091419.JPG

Waktu imsak bagi kawasan aku ialah pada jam 5.30 pagi. Imsak adalah wkatu berjaga-jaga sebelum masuk wkatu Subuh. Tepat jam 5.40 pagi azan subuh pun berkumandang. Dah x boleh makan lagi. Terus ambil Wuduk dan solat fardu subuh 2 rakaat. Alhamdulillah..

IMG_20180520_091452.JPG

Di Malaysia ni, kami berpuasa sekitar 13 jam 40 minit sahaja. Taklah terlalu panjang jika dibandingkan di tempat lain di dunia ini. Jam 7.20 malam masuk waktu Maghrib iaitu waktu untuk berbuka puasa. Makan karma 3biji dan segelas air, kemudian solat maghrib dahulu. Selesai solat, barulah makan makanan yang berat seperti nasi berlauk dan kuih muih.

IMG-20180514-WA0014.jpg

Sekarang baru jam 10.00 pagi. IMG_20180520_095923.jpg tapi si Oyenn dah terbongkang lena macam dia pulak yang berpuasa. Letih bebenau nampak gayanya.

IMG_20180520_092516.jpg

IMG_20180520_095707.jpg

Untuk Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, saya ucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.. Ramadhan Al Mubarak.

IMG-20180517-WA0010.jpg

Kene banyakkan bersabar dibulan yang mulia ini. Tingkatkan amalan InsyaAllah Pahala digandakan.

Syukur kerana masih ditemukan Allah dengan bulan yang mulia ini.

IMG_20180506_065210.JPG
#teammalaysia

IMG_20180410_212808.JPG
#bm

Sort:  

@therealwolf 's created platform smartsteem scammed my post this morning (mothersday) that was supposed to be for an Abused Childrens Charity. Dude literally stole from abused children that don't have mothers ... on mothersday.

https://steemit.com/steemit/@prometheusrisen/beware-of-smartsteem-scam

And the reason why is because @therealwolf is disgusting slimy pedophile that enjoys abusing kids. Here's proof of him upvoting child porn on the steemit blockchain. bigbadwolf indeed.

And the reason why is because @therealwolf is disgusting slimy pedophile that enjoys abusing kids. Here's proof of him upvoting child porn on the steemit blockchain. bigbadwolf indeed.

Coin Marketplace

STEEM 0.27
TRX 0.13
JST 0.032
BTC 62737.73
ETH 2925.66
USDT 1.00
SBD 3.50