Saya Anak Malaysia

in #teammalaysia6 years ago

Salam sejahtera kepada rakan yang dikasi mahupun yang kenal atau tidak secara langsung, mari kita tanamkan sifat positif serta memandang arah yang lebih maju ke hadapan. Agaknya ini ialah posting saya yang kedua berkenan isu semasa negara bagi saya secara peribadinya kerana dahulunya saya langsung tidak mengambil peduli pun isu ini.

Baiklah, Sebenarnya seumur hidup saya yang kini memasuki 28 tahun, 5 tahun yang lalu ketika pru13 saya masih tidak faham apakah maksud patriotik cintakan terhadap negara sehinggalah pada hari ini. Cinta akan pada keamanan negara ialah bukan tentang parti, rusuhan ataupun bangsa akan tetapi ialah bagaimana kita sebagai rakyat menunaikan tamggungjawab memilih pemimpin yang adil dan saksama.

Pada Pru14 kali ini ialah satu lembaran sejarah tercipta yang mana kita sebagai rakyat Malaysia tidak mengira bangsa bersatu padu menunjukkan kuasa kita sebagai pemilih pucuk pimpinan yang akan menjadi penentu masa depan negara kita. Lantasnya semangat patriotisme seluruh rakyat Malaysia menjadikan pimpinan Malaysia kini dibarisi oleh pemimpin yang akan menjadi perhatian kita untuk menilai mereka bagi tempoh satu penggal.

Saya secara peribadinya amatlah terkejut kerna tidak menjangka parti yang telah lama menjadi tonggak utama negara kini digantikan dengan yang lebih berkaliber serta eksklusif kerana kepintaran rakyat yang memilih.

Saya akur akan ditanah tempat kelahiran saya menjadi suatu yang asing bagi kebanyakan, namun saya berdoa semoga tuhan berikan petunjuk khilafnya saya sebagai manusia yang lemah ini juga mampu berdaya saing serta peka akan disetiap situasi yang berbeza.

Hendakku tulis seribu lembar namun biarlah sejarah yang mengukir sendiri bagi panduan generasi yang akan datang, Sosialitinya steemit berjaya mengubah persepsi serta kepetahan saya untuk menulis dan berinteraksi sesama manusia, hanya dalam masa kurang dari 3 bulan saya berjaya menambah ilmu pengetahuan secara amnya mahupun amalinya.

TAHNIAH

"It's like living in a dream"
"then i wake from my dream"
"thanks god my dream come true"

Memasuki hari kedua saya belum dapat tidur kemungkinan insomnia melanda disebabkan perdebatan hebat ibarat 'Naruto vs Madara' LOL.
Tahniah tahniah tahniah ucapan kepada Tun Mahathir berjaya mengubah landskap yang saya akan ingati selamanya, secara tidak sedar ketika pertabalan beliau selaku perdana menteri yang 7, berlinangan airmata kegembiraan yang tidak saya mampu ungkapkan dengan kata-kata.

Terakhir sekali istilah 'Saya Anak Malaysia' itu adalah 'sentiment value' yang kita tidak boleh beli dengan wang ringgit, sesungguhnya ianya adalah suatu nilai yang semangat cintakan negara anda untuk menjadi seorang yang produktif, berdaya saing serta menanamkan sifat cinta akan keamanan dan kedaulatan sebagai salah satu rakyat Malaysia.

Sekian coretan saya yang secara spontan ini, semoga ianya menjadi pedoman bagi para pembaca.

Jika ianya membantu terima kasih 'Resteem' ataupun 'upvote' sebagai tanda sokongan kita.

Sort:  

turun padang oh tuan

You've been upvoted by TeamMalaysia community. Here are trending posts by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/trending/teammalaysia

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Coin Marketplace

STEEM 0.30
TRX 0.12
JST 0.033
BTC 64093.86
ETH 3123.80
USDT 1.00
SBD 3.94