Aktiviti Melipat dan Menggunting: Part 1: Membentuk Daun atau Petal Bunga.

in #teammalaysia6 years ago (edited)

Hello Steemians,

Apa khabar? Saya harap anda semua baik-baik sahaja. Hari ini saya akan menunjukkan cara-cara membuat daun dan petal bunga dengan teknik lipatan dan guntingan.

Jika anda mempunyai anak yang berada di sekolah rendah, anda pasti akan familiar atau tahu dengan teknik lipatan dan guntingan ini. Teknik ini akan diajar semasa kelas seni di sekolah.

Anak-anak saya suka teknik ini, jika masa peperiksaan mereka akan memilih teknik ini sebagai ujian pendidikan seni. Selalunya, sehari sebelum peperiksaan guru akan memberi tajuk-tajuk seni yang perlu dilakukan semasa peperiksaan supaya ibubapa dapat menyediakan peralatan dan bahan untuk peperiksaan itu nanti.

So, saya akan mengambil peluang ini untuk memberi idea kepada mereka. Kebiasaannya anak-anak saya akan memilih teknik ini kerana mereka suka melipat dan menggunting. Selain itu juga saya boleh mengajar mereka... That's why mereka pandai dalam teknik ini. Hahaaa

So dengan tidak membuang masa, mari kita mulakan pembelajaran kita hari ini... [Chewaa.. tripp mo jadi cigu 😂😂]

Bahan-Bahan

  1. Kertas warna
  2. Gunting
  3. Gam
  4. Pensel
  5. Pemadam

Cara-cara

  • Sediakan saiz kertas (saiz ikut suka anda)
    dan kertas warna mengikut pilihan anda.
    IMG_20180917_220405.jpg


  • Kemudian lipat kertas itu. Lihat contoh pada gambar.
    IMG_20180917_220528.jpg


  • Lukis garisan seperti di dalam gambar. Anda boleh mencuba membuat garisan sendiri dan lihat hasilnya. Dalam seni, anda boleh membuat sesuka hati mengikut kreativiti anda.
    IMG_20180917_230508.JPG


  • Selepas itu, Guntingkan.
    IMG_20180917_230445.JPG


Perhatian : Saya akan tunjukkan cara-cara melipat dan proses untuk kesemua kertas adalah sama sahaja.



  • Lipatkan kertas seperti dalam gambar.
    IMG_20180917_230433.JPG


  • Kemudian gam kertas itu.
    IMG_20180917_230359.JPG


  • Siap. Inilah bentuk daun atau petal tersebut.
    IMG_20180917_230346.JPG


IMG_20180917_225820.jpg

wallaaa.... Inilah hasilnya



Anda boleh membuat pelbagai bentuk bunga dengan teknik ini. Anda perlulah membuat 5 atau 6 bentuk yang sama kemudian cantumkan supaya menjadi satu bentuk yang anda inginkan.

Saya akan menunjukkan caranya di part 2 nanti. Stay tuned. 😀😀

Sort:  

Kami telah resteem ke 7871 follower.. :^) (Sebagian kontribusi kami sebagai witness di komunitas Steemit bahasa Indonesia.)

You’ve been upvoted by TeamMalaysia community. Do checkout other posts made by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/created/teammalaysia

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Coin Marketplace

STEEM 0.30
TRX 0.12
JST 0.034
BTC 63750.99
ETH 3130.22
USDT 1.00
SBD 3.95