Kata-kata hikmah: Setiap hari adalah hari yang baru.

in #teammalaysia6 years ago

Source: Pexels-Free Stock Photos

Saya suka dengan kata-kata hikmah ini, ia memberikan saya keyakinan dan semangat untuk memulakan sesuatu berbeza daripada yang kelmarin. Hari ini boleh jadi seperti yang kelmarin, tetapi ia haruslah lebih baik daripada hari kelmarin.

Sebagai manusia yang biasa, kita tidak lari daripada berfikir apa yang akan berlaku di masa hadapan dan mula bangga dan menyesali perkara yang telah berlalu. Tetapi untuk hari ini kita kurang berusaha atau tidak melakukan apa-apa, padahal kehidupan kita adalah pada hari ini, bukannya kelmarin.

Janganlah terlalu memikirkan perkara yang telah berlalu kerana semua itu telah menjadi kenangan dan jangan terlalu memikirkan masa hadapan tanpa melakukan apa-apa. Untuk mencapai impian pada masa hadapan, kita kena bertindak pada hari ini, masa ini!

Ingatlah hari ini, masa akan terus berjalan dan tidak pernah berulang. Hargailah hari ini dengan melakukan yang terbaik daripada hari kelmarin dan mulalah bertindak sekarang supaya impian anda tercapai.

Kesimpulan

Jika hari kelmarin kita telah buat kebaikan, maka hari ini kita buatlah lebih banyak kebaikan dari hari kelmarin. Jika kelmarin kita telah membuat kesalahan, hari ini kita kena perbetulkannya. Jika usaha yang kita buat pada kelmarin adalah biasa-biasa saja, maka hari ini kita kena tingkatkan usaha tersebut.

Who am I?

As I mentioned in my profile, I use this blog to share some tips and tricks. I also share my life stories, discoveries, questions, and drawings.

If you want to know what I'm doing, here are some facts about me:

  • My name is Angela.
  • I have 3 amazing kids!
  • Flowers and kids love me.. :)
  • I never say no to cheesecake.
  • Did I mention I love flowers?
  • I believe life is too short to worry about being a bad singer.
  • In reality, I’m a very shy girl and I’m actually nice.
  • I always looking to try and learn new things but I never really master anything..Lol
  • I believe in kindness, empathy and always making time to listen to a friend.
  • For me, my family comes first. That makes every decision very easy.

Thanks for visiting!

Sort:  

So true, walaupun setiap hati tetap 24 jam, hari esoknya tetap baru... Mean kita senantiasa diberi kesempatan untuk melakukan, mengubahkan, dan mencapai matlamat yang hari ini tidak tercapai...😅

Betul tu..
Yang paling penting, kita buat yang terbaik dari hari ini... Jangan tunggu hari esok baru bertindak :)

Hari terbaik kita adalah hari ini, karena hari kemarin tak akan pernah kembali dan hari esok belum tentu diberi umur untuk menikmati. So lets enjoy and do the best this day.. Thank @arwine for your sharing

Saya setuju @dwiitavita
Kita hanya boleh merancang, kita tidak tahu apa akan terjadi pada hari esok.

You've been upvoted by TeamMalaysia Community :-

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Coin Marketplace

STEEM 0.29
TRX 0.12
JST 0.033
BTC 62559.43
ETH 3092.10
USDT 1.00
SBD 3.86