Evolusi Manusia

in #teammalaysia6 years ago

Bermacam-macam ragam manusia yang terkini, sudah cukup memeningkan kepala bagi manusia yang punya fikiran yang akal. Bagi sesetengah itu, kemungkinan mereka mungkin ada tujuan mengapa mereka bersikap sebegitu. Kadang-kadang kekejaman berlaku lebih teruk dari haiwan. Yang mengejutkan lagi ada sesetengah manusia yang cuba melakukan segala-galanya untuk ketamakan diri.

Source

Mengejutkan lagi sikap manusia yang suka membuang sampah merata-rata. Langsung tidak peduli akan alam sekitar. Mengapakah ini harus berlaku? Siapakah yang patut dipersalahkan? Tepuk dada tanyalah selera. Kerajaan negara telah mencuba sedaya upaya untuk membanteras sikap manusia yang suka membuang sampah merata-rata dan ada juga sesetengah manusia yang mencuba untuk memberi impak positif supaya elakkan kegiatan membuang sampah secara membabi buta.

Bagaimana pula dengan pembuangan bayi?Ya itulah sikap manusia, hanya tahu memuaskan hawa nafsu dan apabila si gadis bunting, di situ bermulanya menyalahkan antara satu dengan yang lain. Saya tidak bermaksud semuanya salah wanita, sepatutnya dipersalahkan kedua-dua pihak. Dimana sifat perikemanusiaan? Sungguh mengejutkan. Begitulah sikap manusia, bermacam-macam karenah.

Kemudian ada lagi, bertelingkah tentang agama. Bertanding siapa betul dan salah. Jikalau satu pihak itu tidak berpuas hati, maka terjadinya pertumpahan darah antara mereka. Padahal, mereka adalah satu spesis yang sama tapi, disebabkan salah faham sanggup juga mencederakan antara satu sama lain. Begitu banyak organisasi yang telah mencuba untuk menguatkan strategi untuk mendamaikan antara manusia akan tetapi masih ada lagi yang keras kepala.

gif source

Ada juga sesetengah manusia yang masih hidup kelaparan. Dengan itu, terjadinya pertubuhan organisasi bagi membantu sesetengah manusia yang kurang bernasib baik ini. Sampai sekarang masalah ini masih belum selesai. Mungkin ini terjadi disebabkan organisasi masih kekurangan sumber dan kewangan ataupun ada berlakunya penyelewengan antara orang atasan?

Saya harap semua masalah ini bisa diselesaikan segera agar, kita semua dapat hidup secara adil dan saksama. Masalah memang pasti akan datang, akan tetapi ia juga boleh diselesaikan sekiranya manusia bekerjasama. Percayalah!

Terima Kasih kerana membaca!
Follow, Upvote dan Reesteem
Selamat berjumpa lagi,

Mr Ed.

Sort:  

You've been upvoted by TeamMalaysia Community :-

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Hello @edulan. Would like to take this opportunity to wish you Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Yes, these are important to questions to ask, and the answer always comes back to us. Reminds me of these two quotes:

“ How wonderful it is that nobody need wait a single moment before starting to improve the world. ” ― Anne Frank

"It starts with the man in the mirror...." - Michael Jackson

My reply in Bahasa would be both painful to write and for you to read, hahaha, so pls excuse my response in English.

Happy holidays.

Coin Marketplace

STEEM 0.29
TRX 0.12
JST 0.032
BTC 63506.20
ETH 3065.87
USDT 1.00
SBD 4.04