Kuat Tetapi Lemah?

in #teammalaysia6 years ago

Sudah pastinya kita semua tahu apakah itu Batman, Superman, Thor, Wonder Woman, The Flash dan banyak lagi superhero atau manusia yang punya kuasa luar biasa. Pernahkah anda terfikir jikalau sekiranya anda punyai superpower seperti itu? Adakah anda menjadi seperti mereka? menyelamatkan dunia daripada ditawan oleh segelintir pemangsa?

Source

Atau anda gunakannya untuk kepentingan diri? Sekiranya saya mempunyai superpower seperti mereka, saya memilih untuk menjadi superhero yang bisa mematikan deria pemikiran pemangsa ataupun manusia jahat. Mengapa? tanpa deria pemikiran mereka tidak dapat berbuat apa-apa.

Mereka tidak dapat memikir apa yang bakal mereka lakukan seterusnya, mereka akan bingung dan mungkin juga akan berdiam tanpa berbuat apa-apa. Dengan superpower ini, pasti ada musuh yang bisa mengalahkannya, itu tidak mustahil. Saya percaya bahawa walau kuat manapun anda sekiranya anda cuai, anda juga bisa tewas.

Ini bermaksud, tiada orang yang kebal di dunia ini, kecuali pencipta kita. Lihat sajalah superhero yang kita lihat di kaca televisi, semuanya akan tewas di tangan musuh pabila mereka cuai. Contohnya movie terbaru dari siri marvel, The Avengers Infinity War. Walau sekuat manapun mereka bergabung minda menjatuhkan musuh mereka, mereka akan tetap tewas ditangan musuh, karena apa? kecuaian pada diri mereka. Itulah salah satu contoh yang terang dalam kehidupan kita, bahawa manusia ini kuat tetapi melalui kuat itu, kelemahan juga ada pada manusia. Itulah kenyataannya dan tiada siapa yang boleh mengubahnya.

Source

Terima kasih kerana membaca,
Upvote, Follow dan REESTEEM
Sampai berjumpa lagi,
Mr Ed

Sort:  

You've been upvoted by TeamMalaysia Community :-

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Coin Marketplace

STEEM 0.31
TRX 0.12
JST 0.034
BTC 64742.01
ETH 3172.49
USDT 1.00
SBD 4.10