Kueh Tiaw Penang Style Menu berbuka

in #teammalaysia6 years ago

IMG-20180528-WA0004.jpg

Salam ramadhan yang ke 13, hari ini adalah cuti umum sempena Hari Wesak. Semalam saya teringin hendak makan kueh tiaw penang style yg halal. Selalunya jika masak sendiri memang tak jadi, kueh tiaw hancur la..rase kurang enak. Kali ini sy berguru dengan youtube cara-cara masak kueh tiaw dengan betul. Baru saya tahu memang selama ini cara saya masak memang salah. Alhamdulillah semua bahan2 ada di dapur. Saya akan tunjukkan cara saya masak kueh tiaw penang style.

Bahan- bahan;

Kueh tiaw( agak2 cukup untuk 3 orang makan)
12 ekor udang sederhana
3 ulas bawang putih( cincang halus)
Taugeh
Daun bawang(kucai pun boleh)
3 biji telur
Minyak masak
PhotoGrid_1527561371285.jpg

Ramuan sos( campurkan semua dlm satu bekas)
2 sudu kicap pekat
2 sudu kicap manis
1 sudu sos ikan(pilihan)
2 sudu sos tiram
1 sudu cili kisar(jika taknak pedas tak payah letak)

IMG_20180528_175551.jpg
(Saya buat 2 versi sos sbb anak tak makan pedas)

**Tak perlu garam kerana sos da cukup masin
**Pastikan ramuan dan bahan2 semua sedia sebelum mula kan memasak

Cara-cara

  1. Pastikan masak untuk 1 org nyer portion dahulu sbb jika masak byk2 nnt tak jadi.
  2. Panaskan minyak masak dan masukan 1 ulas bawang putih dan 4 ekor udang. Masak hingga udang bertukar warna merah.
  3. Masukkan kueh tiaw, 1 sudu ramuan sos, taugeh dan daun bawang. Kacau laju dan api kena besar.
  4. Kecilkan api, masukkan telur. Kueh tiaw td ketepi kan sedikit.
  5. Kemudian kacau telur sekali dengan kueh tiaw dan siap.
  6. Enak di makan ketika panas2. Saya masak 15 minit sebelum berbuka.

Selamat mencuba.

Sort:  

World of Photography
>Visit the website<

You have earned 6.50 XP for sharing your photo!

Daily Stats
Daily photos: 1/2
Daily comments: 0/5
Multiplier: 1.30
Block time: 2018-05-29T02:50:45
Account Level: 1
Total XP: 115.50/200.00
Total Photos: 21
Total comments: 1
Total contest wins: 0
And have also received a 0.40 percent upvote.

Follow: @photocontests
Join the Discord channel: click!
Play and win SBD: @fairlotto
Daily Steem Statistics: @dailysteemreport
Learn how to program Steem-Python applications: @steempytutorials
Developed and sponsored by: @juliank

You've been upvoted by TeamMalaysia Community :-

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Coin Marketplace

STEEM 0.28
TRX 0.13
JST 0.032
BTC 60832.04
ETH 2902.69
USDT 1.00
SBD 3.55