Sinopsis Novel #1 - Tombiruo: Penunggu Rimba

in #teammalaysia6 years ago

Saya adalah peminat setia novel dari karya novelist Ramlee Awang Murshid. Antara novel yang aku ada dalam koleksi adalah:

  • Tombiruo: Penunggu Rimba
  • Tombiruo: Semangat Hutan
  • Tombiruo: Terakhir
  • Bagaikan Puteri
  • Fiksyen 302
  • Hijab Sang Pencinta
  • Cinta Sufi
  • Sunan
  • Cinta Sang Ratu

Banyak lagi novel karya Ramlee Awang Murshid yang masih belum saya ada. Nak membaca novel yang sedia ada ini pun boleh dikatakan tidak ada banyak masa. Sibuk dengan anak-anak.

Saya cuma baca bila ada masa lapang. Sebab itu jugalah koleksi novel saya tak berapa banyak, kalau nak dibandingkan dengan pembaca novel yang hardcore.

Berbalik kepada agenda asal, saya nak berikan sinopsis mengenai novel Tombiruo: Penunggu Rimba

Sinopsis:


tombiruo.jpeg

Watak Utama:

  • Tombiruo / EJIM
  • Amiruddin
  • Wan Suraya
  • Pandoluo
  • Monsiroi
  • Tan Sri Berham

Tombiruo yang membawa maksud roh atau hantu dalam dialek kaum kadazan dusun di Sabah. Cerita dalam novel berkisarkan kepada watak Tombiruo, seorang lelaki yang sangat gagah tetapi mempunyai wajah yang hodoh. Tombiruo sentiasa memakai topeng untuk menutup mukanya yang hodoh.

Tombiruo mempunyai misi untuk mencari pembunuh bapanya, Pondolou. Ketika mencari pembunuh bapanya, Tombiruo berjumpa dengan Amiruddin. Tetapi Amirudin tersalah anggap bahawa Tombiruo telah membunuh isterinya; Salina.

Semasa berlaku pertelingkahan antara Tobiruo dan Amiruddin, timbul pula seorang wartawan wanita bernama Wan Suraya. Di mana Wan Suraya banyak membantu menyelesaikan pertelingkahan yang terjadi antara Tombiruo & Amiruddin.

Pengembaraan Tombiruo yang bahaya & penuh dengan tragedi ini membawanya mengenali erti persaudaraan, kekeluargaan dan cinta .

Secara tak langsung, membuka hati tombiruo untuk menerima peranan nya sebagai Penunggu Rimba



Sort:  

World of Photography
>Visit the website<

You have earned 6.50 XP for sharing your photo!

Daily Stats
Daily photos: 1/2
Daily comments: 0/5
Multiplier: 1.30
Block time: 2018-05-21T09:52:39
Account Level: 0
Total XP: 96.00/100.00
Total Photos: 18
Total comments: 1
Total contest wins: 0
When you reach level 1 you will start receiving up to two daily upvotes

Follow: @photocontests
Join the Discord channel: click!
Play and win SBD: @fairlotto
Daily Steem Statistics: @dailysteemreport
Learn how to program Steem-Python applications: @steempytutorials
Developed and sponsored by: @juliank

You've been upvoted by TeamMalaysia community. Here are trending posts by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/trending/teammalaysia

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Coin Marketplace

STEEM 0.28
TRX 0.13
JST 0.032
BTC 60752.39
ETH 2904.82
USDT 1.00
SBD 3.73