DEMAM ! DEMAM ! DEMAM !.................MUSIM DEMAM PILIHANRAYA 2018.

in #teammalaysia6 years ago

Salam sejahtera dan Salam Perpaduan !!!! Apa khabar orang di sana ? Semoga semuanya sihat walafiat.
Aduhai ! Seribu Aduhai ! Buka sahaja suratkhabar ada terpaparnya berita tentang pilihanraya. Bukan suratkhabar aje. Buka laman sosial juga ada khabar tentang pilihanraya....... Buka telefon bimbit dalam whatsapp juga ada berita tentang piliharaya. Betul-betul demam pilihanraya di kalangan rakyat Malaysia bukan saja di kalangan ahli politik.

Tanggal 9 Mei 2018 hari yang paling bersejarah di kalangan rakyat Malaysia. Hari Penentuan siapakah yang bakal menerajui kepimpinan negara. Sama-samalah kita menunggu. Tapi sebelum ini laksanakanlah kewajipan anda sebagai rakyat Malaysia, keluarlah mengundi. Jangan tidak mengundi.

Tahukah anda bahawa " PEMILIHAN DI TANGAN ANDA, TAPI PENENTUAN DI TANGAN TUHAN." Siapakah yang akan menerajui kepimpinan negara akan ditentukan oleh Tuhan. Tugas kita sebagai rakyat Malaysia adalah mengundi dan berdoa kepada Tuhan. Dalam setiap pertandingan ada menang dan kalah. Kata orang menang dan kalah itu asam garam dalam pertandingan. Bagi yang menang dalam pilihanraya haruslah bersyukur tapi bagi yang kalah janganlah berputus asa. Sebabnya pemilihan di tangan manusia, penentuan di tangan Tuhan. Sebagai manusia kita harus menghadapi kenyataan hidup. Tiada sesiapapun berhak membuat penentuan kecuali Tuhan. Tuhan Maha Kaya lagi Maha Mengetahui segala-galanya.

Pemilihan dan penentuan ini bukan sahaja dalam pilihanraya malah dalam soal pemilihan jodoh dan ajal setiap yang bernyawa. Seperti kata pepatah Melayu " Jodoh Pertemuan, Ajal dan Maut Di Tangan Tuhan. Sebagai manusia kita boleh membuat pilihan siapa bakal teman hidup kita. Tapi Tuhan yang menentukannya. Berapakah lamanya jangka hayat jodoh tersebut juga dalam penentuan Tuhan.

Begitu juga dengan ajal dan maut di tangan Tuhan. Kita boleh merancang berapa lama kita hendak hidup di dunia yang fana ini. Tapi apakah daya penentuan tentang hayat kita ditentukan oleh Tuhan. Pernahkah anda mendengar ada yang berkali-kali berdepan dengan kemalangan tapi tidak meninggal dunia. Sebaliknya ada yang sekali sahaja kena langgar dah tamat riwayat hidup.

Sedarkan anda bahawa nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, ada terselit sesuatu untuk renungan bersama. Nama RAHMAN ada memberi sedikit maklumat tentang siapakah bakal Perdana Menteri Malaysia. Berikut saya akan menunjukkan maklumat yang tertera pada nama RAHMAN.

R
A
H
M
A
N

R - Nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman / Abdul Rahman nama asal tanpa gelaran.

A - Nama Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein/Abdul Razak nama asal tanpa gelaran.

H - Nama Perdana Menteri Malaysia yang ketiga iaitu Tun Hussein bin Dato' Onn / Hussein nama asalnya.

M - Nama Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad / Mahathir nama asal.

A - Nama Perdana Menteri Malaysia yang kelima iaitu Tun Abdullah bin Ahmad Badawi / Abdullah nama asal.

N - Nama Perdana Menteri Malaysia yang keenam iaitu Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak / Najib panggilan asal.

Nampaknya nama RAHMAN yang bermula dengan R dan berakhir dengan N. Persoalannya siapakah selepas pilihanraya yang ke-14 ini bakal menerajui kepimpinan negara Malaysia, sama-samalah kita tunggu. Banyakkanlah berdoa daripada memberi komen yang tidak membina. Janganlah buang masa dengan memburuk-burukkan suasana tapi banyakkan masa berdoa kepada Yang Maha Mengetahui.

Kesimpulannya "Pemilihan Di Tangan Rakyat, Penentuan Di Tangan Tuhan". Apakah keputusannya terimalah dengan baik. Mengundilah dengan sebijak-bijak dan sewarasnya dan bukan dengan perasaan emosi.

Bersama-sama ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat berkaitan pilihanraya. Perkongsian ini adalah bertujuan mengingati diri saya sambil berkongsi maklumat dengan anda.

30624672_1888344751189359_1222965149824974848_n.jpg

30571516_1887223474634820_1468227281578098688_o.jpg

Akhir kata , "Selamat Menjalankan Kewajipan Anda." " Mengundi Adalah Tanggungjawab Bersama."
Ingat " Pemilihan Di Tangan Manusia, Penentuan Di Tangan Tuhan." Sama-samalah kita berdoa ke hadrat Illahi semoga perjalanan piilihanraya kali ini berjalan dengan aman damai tanpa perbalahan dan perselisihan faham.

Apa keputusannya terimalah dengan hati yang redha demi keamanan , kedamaian, kesejahteraan dan kemakmuran negara.

Sort:  

I’m very glad I started following you, because you post is really good

Hi @hiranur thanks for following me and read my article. Appreciated your comments. GE14 very hot issue. This hot issue appear everywhere not only on newspaper, facebk, whatsapp but also you can hear conversations about this hot issue. One thing we must bare in mind whoever won in this GE14 was determined by God. God's ways and thoughts are higher than human's way and thoughts. Pray, Vote & Surrender the rest to God.

Coin Marketplace

STEEM 0.28
TRX 0.12
JST 0.033
BTC 66845.00
ETH 3089.30
USDT 1.00
SBD 3.72