Jalan kaki dari Ara Damansara ke Subang Perdana

in #teammalaysia6 years ago (edited)

Hari ni adalah hari terakhir aku di company lama. Setelah 3 tahun berkhidmat, hari ni aku ucapkan selamat tinggal.

Selalunya bila hari terakhir berkhidmat di sesebuah company, mesti nak keluar dengan ceria dan hati yang tenang.

Tapi berlainan pulak dengan kisah aku. Semakin stress pula untuk hari terakhir aku berkhidmat. Memang dugaan bagi aku.
Sesetengaj individu, bila tengah stress dan fikiran serabut, mesti akan buat something yang di luar kebiasaan.

IMG_20180628_221752.jpg

View dari ex-company

Selepas habis office hour, aku lepak minum sekejap di restoran Pelita bersama rakan-rakan office. Aku lepak sampai pukul 7.30 malam.

Kebiasaan nya dari area Subang Jaya, aku akan naik LRT ke station Ara Damansara. Kemudian dari Ara Damansara, aku naik feeder bas ke kawasan Subang Perdana.

Tapi tadi,slepas aku sampai di station Ara Damansara, aku tak rasa nak naik bas. Aku rasa nak jalan kaki dari Ara Damansara ke Subang Perdana.

Kalau tengok di Google Maps, jarak dari station Ara Damansara ke Subang Perdana adalah 8.5km.

Taklah jauh sangat. Jadi tadi aku buat keputusan untuk berjalan kaki untuk balik ke rumah.

PhotoGrid_1530195961178.jpg

Aku mula berjalan kaki dari station Ara Damansara pada pukul 8.10 malam. Dari station Ara Damansara, ada ruang pejalan kaki menghala ke Citta Mall. Sebenarnya ruang pejalan kaki tu adalah lorong motorsikal yang sudah tidak digunakan.

Ruang pejalan kali agak gelap sebab lampu jalan cuma pada permulaan jalan saja. Selebihnya, tiada langsung lampu jalan. Risau juga aku jalan kaki di situ. Takut terpijak paku atau kaki termasuk lubang. Alhamdulillah, dari station Ara Damansara ke Citta Mall, semuanya ok.

PhotoGrid_1530196043300.jpg

Aku cuma berhenti sekejap untuk mengambil gambar. Taknak berhenti lama sangat. Aku nak sampai secepat mungkin ke rumah.

Dari Citta Mall, aku berjalan sehingga ke Oasis Damansara. Aku sampai di Oasis Damansara pada pukul 8.30 malam.

PhotoGrid_1530196100001.jpg

Aku makan masa 20 minit untuk sampai dari Ara Damansara ke Oasis Damansara. Kalau naik kereta atau motor, 5 minit saja hahaha. Berpeluh sakan aku. Kena pulak, aku pakai baju kemeja dan kasut kulit.

Dari Oasis Damansara ke Subang Airport, perjalanan sangat mencabar. Dari Oasis Damansara, tiada lorong khas untuk motorsikal. Bermakna, tiada lah ruang untuk pejalan kaki. Terpaksa aku berjalan di tepi-tapi jalan.

Ada beberapa kali kaki aku terpelecok sebab jalan yang tak rata. Ada saja batu-batu besar, lubang dan tunggul kayu sepanjang jalan.

Memang tak sesuai untuk berjalan kaki di sepanjang jalan airport Subang. Bahaya.

PhotoGrid_1530196163535.jpg

Sampai di airport Subang, aku tengok jam sudah pukul 9.10 malam. Bermakna 40 minit aku habiskan untuk berjalan kaki dari Oasis Damansara ke airport Subang. Antara faktor yang buat lambat adalah keadaan jalan tadi.

Dari airport Subang ke rumah aku, aku ambil masa 30 minit berjalan kaki. Waktu ni aku dah letih sangat-sangat. Aku mula berlari anak untuk cepat sampai ke rumah.

Mesti ada yang pelik tengok aku yang lengkap berpakaian office, jogging tengah malam, sambil menggalas bag laptop hahaha.

Aku sampai di rumah pukul 10 malam. Secara keseluruhan, aku ambil masa hampir dua jam untuk sampai ke rumah dari Ara Damansara ke Subang Perdana. Lain kali taknak dah aku balik rumah jalan kaki. Cukuplah sekali sebagai pengalaman


@rosmadirazali

Sort:  

Next time please dont do that again dear ok.

Adoi,8.5km mengambil masa 2 jam berjalan kaki - ini memang memakan masa bro O.o

Bagaimanapun, harap2 bro dapat cari kerja yang lebih baik :)

Hahaha, tiba2 rasa nak jalan kaki balik rumah. Jadi mcm forest gump pulak.

Alhamdulillah, isnin ni start kerja di tempat baru :)

Jauh jalan tu bro...hahaha

Boleh tahan jugak. Selalu naik kereta atau motor bila lalu jalan tu.

Next time taknak dah jalan kaki hahaha

World of Photography
>Visit the website<

You have earned 6.50 XP for sharing your photo!

Daily Stats
Daily photos: 1/2
Daily comments: 0/5
Multiplier: 1.30
Block time: 2018-06-28T15:49:06
Account Level: 1
Total XP: 329.50/200.00
Total Photos: 57
Total comments: 8
Total contest wins: 0
And have also received a 0.40 percent upvote.

Follow: @photocontests
Join the Discord channel: click!
Play and win SBD: @fairlotto
Daily Steem Statistics: @dailysteemreport
Learn how to program Steem-Python applications: @steempytutorials
Developed and sponsored by: @juliank

Thank you for sharing your posts with us. This post was curated by TeamMalaysia as part of our community support. Looking forward for more posts from you.

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote bitrocker2020 witness

Coin Marketplace

STEEM 0.28
TRX 0.13
JST 0.032
BTC 60385.11
ETH 2889.75
USDT 1.00
SBD 3.65