Menonton semula siri TV X-Files

Baru-baru nie aku ada download siri tv yang cukup popular pada awal 90an. Siri tv tu tak lain dan tak bukan adalah: X-Files.

Total season yang ada bagi X-Files ada sebanyak sebelas (11) season. Episode terbaru adalah season 11 - episode 8, yang baru sahaja release pada bulan March 2018.

Untuk season 10 & season 11, senang sahaja nak cari sumber untuk streaming secara online.

Sebelum internet meluas digunakan seperti sekarang, pada zaman aku membesar dulu, aku hanya bergantung pada siaran TV untuk melihat X-Files. Kadang-kadang, menumpang tengok di rumah kawan yang ada VCR.

image.png
Sumber Gambar

Apa yang membuat aku sangat tertarik dengan siri TV X-Files ini adalah konsep utama siri X-Files ada berkisarkan penyiasatan kes-kes paranormal dan supernatural, yang dikenal di dalam FBI sebagai X-Files. X-Files juga merupakan kes yang tidak dapat diselesaikan. Maka bermula kisah bagaimana agent Fox Mulder & agent Dana Scully membuat penyiasatan untuk setiap kes X-Files.

Malah character Fox Mulder & Dana Scully ada berbeza. Dimana Fox Mulder adalah seorang believer. Manakala Dana Scully pula ada seorang yang skeptical.


Sekarang aku sudah ada koleksi sehingga Season 4. Ada lagi lima (5) season yang aku perlu cari. Sebab nak cari season lama adalah susah.

Sepanjang minggu lepas aku marathon tengok semua siri dalam Season 1 & Season 2. Bila tengok semula siri X-Files, baru sekarang aku betul-betul faham tentang siri X-Files. Siri ni bukan sahaja menceritakan tentang UFO, paranormal dan supernatural. Tetapi juga menceritakan tentang konsep conspiracy, government within a government, betrayal dan beberapa lagi concept yang aku rasa korang perlu lihat sendiri.

Baru sekarang juga aku baru faham yang watak Fox Mulder adalah sebagai expert in Profiling, dan Dana Scully pula adalah Medical Doctor & Pathologist.

image.png

Cuti ni aku nak marathon pulak Season 3 & Season 4.


@rosmadirazali


Sort:  

Masa kecik dulu kalau ada kat bilik atau tengah mandi, bila dengar intro lagu series ni kat TV terus je lintang pukang lari. Punyalah takut haha.

Hahaha, takut? kalau adi, lagi teruja. Cepat-cepat nak tgk di TV

Wow, X Files bro... Dah lama saya tak menonto ni

itulah, sudah lebih 20 tahun, baru ada sumber untuk download

Coin Marketplace

STEEM 0.28
TRX 0.12
JST 0.032
BTC 62267.50
ETH 2992.33
USDT 1.00
SBD 3.71