Review tentang game: War Robot

Kaum lelaki dengan robot memang tak dapat dipisahkan. Aku pun termasuk sekali. Dari zaman cerita cartoon Transfomers, sehingga ke Macross. Dan terbaru, Pacific Rim. Bila tengok robot gergasi tu bertarung dalam movie Pacific Rim, rasa seperti aku adalah pilot kepada robot tu.

Bila ada game yang berkaitan dengan robot, aku mesti akan install. Dalam banyak-banyak game yang aku dah install, game War Robot yang aku sangat suka main.

Mesti akan ada yang compare War Robot dengan MechWarrior. Walaupun ber-genre robot, gameplay adalah lain. War Robot tidak se-complex seperti MechWarrior. Tapi War Robot ada:

  • mechs aka robot dengan pelbagai ability & atribute
  • Senapang besar
  • Peluru berpandu
  • senjata futuristik
  • Complete mission secara berkumpulan
    .

Pada permulaan gameplay War Robot, korang akan diberi sebiji robot saja. Robot tu basic & kecil. Korang kena masuk banyak mission untuk dapatkan currency untuk upgrade robot & senjata korang. Atau beli robot yang siap sedia sudah ada attribute tinggi.

Buat masa ni, aku ada empat robot saja. Robot yang aku paling aku suka adalah: Natasha

Aku ada dua bji Natasha. Weapon configuration yang aku buat ke atas Natasha adalah:

Natasha #1:
  • 2x Thunder
  • 2x Punisher
Natasha #2:
  • 2x Kang Dae
  • 2x Molot

Walaupun Natasha adalah designed untuk long-range attack. Tactic yang aku main adalah mid-range attack. Sebab Natasha adalah heavy duty robot yang boleh terima damage yang tinggi. Dan senjata yang aku guna effective range adalah 500m. Tetapi kelemahan Natasha, adalah movement speed hanya 35KM per hour. Slow & senang kena aim dengan cluster missile.

Jenis yang cheapskate mcm aku, akan sanggup tunggu lama untuk upgrade & kumpul currency. Berbanding nak membelanjakan duit untuk convert kepada currency War Robot. Tapi cara paling cepat untuk dapat robot & senjata yang hebat, adalah dengan membeli guna duit. (Pay-to-Win)

Berbalik kepada mission, ada beberapa battle mode, seperti:

  • King of the Hill
  • Beacon Rush
  • Domination
  • Team Deathmatch

Aku paling suka Team Deathmatch. Sebab aku tak perlu nak fikir pasal beacon, atau point. Cukuplah dengan tembak sehingga semua robot habis :D


Size: 505MB
Platform: Android, iOS, Steam
Gameplay: Online only

Sort:  

You've been upvoted by TeamMalaysia Community :-

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Wow, bro dah mula review tentang game ni, bagus!

Game ni syok main. Kalau ada kawan yang main juga, boleh buat squad

Nape sy main games nie asek kalah

Kena main selalu. Baru jadi cekap ;)

Coin Marketplace

STEEM 0.27
TRX 0.12
JST 0.032
BTC 56858.44
ETH 2919.14
USDT 1.00
SBD 3.60