Bila Serpihan Kaca Dibawah Kaki

in #teammalaysia6 years ago

Selamat Pagi! Coretan ini saya menceritakan pengalaman pahit yang saya lalui ketika tinggal di asrama dahulu. Dari darjah hinggalah tamat sijil pengajian menengah(SPM) saya menetap di asrama disebabkan rumah jauh dan jalan yang agak kurang sesuai kereta untuk lalui.


image source

Pada satu malam, ketika itu musim cuti sekolah biasanya para pelajar akan pulang ke rumah untuk bersama-sama keluarga, namun tidak bagi saya sebabkan saya agak kurang sihat saya mengambil keputusan untuk tinggal sahaja di asrama bersama beberapa rakan yang lain. Agaknya kami kurang dari sepuluh orang, di bilik saya tinggal saya sahaja yang tinggal namun perkara itu saya dah biasa.

Selepas 10 malam saya akan membaca buku teks sekolah dan menghabiskan masa untuk membaca novel, akan tetapi saya hairan mengapakah malam itu terasa seperti ada sesuatu yang tak menyenangkan. Bunyi "krak! krak!" seperti seseorang memijak kaca yang pecah di lantai namun tiada apa-apa langsung yang pecah setahu saya, mungkin sahaja rakan bilik sebelah saya cuba mempermainkan saya jadi saya cuba menyahut "weih Nita agak-agaklah buang kaca"... dia membalas dengan nada sayup " Sann diam.. tolong diam sekejap".

Hati terasa takut bercampur geram saya ingin ke sebelah bilik, nasib baik sebelum saya turun dari katil terkejut begitu banyak kaca yang berpecahan di lantai, dalam kepala teringatkan apa yang dikatakan oleh Nita tadi. Saya akur akan kejadian yang telah ditentukan oleh tuhan dan berdoa sebanyak mungkin agar dijauhkan dari malapetaka, tiba-tiba badan saya terasa seperti basah dan seluar saya basah!! tidak terkata seperti darah yang berlumuran dari seluruh badan saya, terpinga-pinga mencari jalan keluar tanpa memikirkan kaca yang berada di lantai tersebut... saya meruju sahaja terus ke pintu keluar, namun semua itu sia-sia apabila kepala saya terasa seperti dipukul oleh benda tumpul.

Terus lemah longlai hanya mata saja yang mampu digerakkan melihat suasana dan saya cuba menutup kembali mata kerana terdengar semakin rancak berkumat-kamit ada nada suara seperti radio dimainkan. Setelah hilang semua itu saya cuba membuka kembali mata dan rakan-rakan yang masih di asrama semua berada dibilik saya, sebenarnya kepala saya bukan dipukul tetapi terjatuh dari tempat tidur, sekali lagi saya bertanya kepada Nita jikalau betul "perbualan kami semalam" Nita hanya menganggukkan kepala sambil menunjukkan jari telunjuknya ke lantai serpihan kaca itu memang ada, namun sukar dipastikan mengapakah kaca tersebut disitu dan mengapakah saya tidak tercalar sedikitpun oleh kaca yang berserpihan dilantai.. Aunty cleaner bergegas membersihkan bilik saya dan berkata "sann dahulu bilik ini pernah sekali perempuan putus cinta dan mengerat tangannya sendiri menggunakan serpihan kaca yang dipecahkannya".

Terus hari itu saya minta dihantarkan ke rumah tanpa banyak soal lagi, duit bulanan saya ketika itu rm10 sahaja tak peduli lagi membayar orang untuk hantar saya pulang. Sekian tanda tanya yang misteri ini, agaknya bukan misteri tetapi konflik diri sendiri.

Terima Kasih membaca cerita saya 😊

Sort:  

Thank you for sharing your posts with us. This post was curated by TeamMalaysia as part of our community support. Looking forward for more posts from you.

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote bitrocker2020 witness

Coin Marketplace

STEEM 0.30
TRX 0.12
JST 0.033
BTC 64093.86
ETH 3123.80
USDT 1.00
SBD 3.94