Hujan Ketika Senja(Cerita Teladan)

in #teammalaysia6 years ago

Menjadi tabiat ku mencoretkan sebuah cerita yang suka ku kongsikan kepada para pembaca. Sebelum itu kita telah mendekati hari ramadan yang mana kepada beragama islam haruslah menunaikan puasa dibulan yang mulia ini.

Adakalanya dulu aku pernah terfikir tajuk ini, sebelum mengenali steemit kebiasaannya aku menulis di kertas kosong tentang tajuk "hujan ketika senja".


image source

Aku lebih terarah mengatakan maksud ini ialah umur aku semakin meningkat rezeki rahmat dari tuhan datang ketika itu. Dulu aku selalu mendengar rakan sekerja merungut dalam kehidupan mereka, namun aku tetap dengan pendirian meneruskan kehidupan walaupun terasa ditindas akan tetapi tuhan itu maha adil. Semasa aku ke kedai yang berhampiran tempat tinggal aku biasanya membeli makanan ringan untuk dijamah ketika menonton televisyen.

Tak semena-mena tuan kedai memberi baki yang lebih dari aku bayar tadi, harga yang aku beli rm1.50 ku berikan rm5 dan sepatutnya pulangan ialah rm3.5, ikutkan hati rm10 tuan kedai berikan itu inginku tutup mulut dan berlalu pergi, namun aku masih ingat lagi kata-kata hikmat "JUJUR DAN AMANAH" adalah ubat segala racun dalam diri kita.

Aku kembali ke kedai itu dan memberitahukan hal sebenar kepada tuan itu, setelah selesai aku pulang ke rumah dan memulakan rutin harian aku. Aku cuba mengodek beg aku mencari telefon bimbit namun aku gagal, mungkin aku tercicir riak muka kerisauan kerana itulah satu-satunya alat perhubungan aku dengan semua orang. Aku buntu mencari di serata tempat ku berjalan ke arah yang ku lalui tadi namun hampa. Aku bukanlah orang yang senang hidup hanya kais makan pagi, kais petang makan petang... aku marah dengan diri sendiri atas kecuaian namun aku pasrah mungkin ini ujian daripada yang maha esa.

Aku cuba menoleh kebelakang tiba-tiba seorang pemuda ini datang kepada aku bertanyakan jika aku ada tercicir sesuatu, aku mengatakan tentang telefon bimbit aku yang hilang... dengan serta merta pemuda itu memberikan telefon aku yang tercicir tadi. Sebenarnya telah lama pemuda itu cuba mengejar aku namun dia terlepas jejak ketika aku berada di tempat tuan kedai tadi.

Pemuda itu bertanyakan kepada tuan kedai tersebut telefon bimbit yang kepunyaan saya itu benarkah seperti yang tuan kedai itu nampak.. pertanyaan pemuda itu berhasil dan bernasib baik profil gambar aku masih boleh dilihat secara 'locked' sebelum menekan kata kekunci.

Tuan kedai bersama-sama pekerjanya mencari aku untuk mengembalikan hak milik yang aku amat perlukan. Dengan nada berseloroh tuan kedai tu berkata

' adik buat baik dibalas baik'
'buat jahat hanya tuhan yang nampak'
'kejujuran adik hari ini tuhan balas dengan cara ini'
'saya bersyukur kerana masih ada lagi pemuda seperti ini yang jujur mengembalikan hak milik adik'
'Semoga kita lebih berhati-hati dan ada masa adik boleh datang ke kedai saya untuk tolong tengokkan kedai saya sekejap ketika saya pergi ke tokong'
'Saya bagi adik gaji yang setimpal dengan adik walaupun sekejap sebab adik jujur'

Tidak aku sangka Disaat ini jauh termenung aku memikirkan tawaran yang di buat oleh tuan kedai itu. Dan masa itulah juga Tuan kedai menyuruh aku baca sekeping surat dan jika aku bersetuju hanya perlu menandatangani surat tersebut.

Aku terkejut apabila dalam surat tersebut bahawa aku diberi 20% saham/share oleh tuan kedai itu, pemuda itu juga diberikan peratusan yang sama namun dia menolak dengan cara baik kerana dia pun ada usaha jualan yang lain. Aku serba salah lalu aku pun menolak tawaran dari tuan kedai itu.. terakhir sekali tuan kedai itu memberi tahu namanya ialah "ah kiong" bukan nama sebenar atau lebih mesra dipanggil uncle kiong, beliau berterus terang jika menolak 20% tawaran tersebut itu tidak apa, secara tiba-tiba uncle tersebut memberikan saya kunci yang mana beliau katakan itu adalah kunci rumah yang beliau telah lama tidak gunakan.

Seperti tak sampai tanah aku merasa begitu gembira tak henti bertanyakan jika ini semua benar, uncle kiong dengan tenang menjawab:
"saya sudah lama tiada jumpa anak"
"anak saya tipu saya sendiri, dulu saya bagi dia bisnes, dia kasi lingkup saya tipu duit saya"
"Saya pasrah saya mula dari bawah balik"
"Suda puluhan tahun saya tidak jumpa orang baik macam adik, sekarang saya banyak harta tapi saya tiada waris, saya harap adik boleh jaga baik-baik selepas saya tiada"
"Duit senang cari tapi kepercayaan kita tidak bole beli pakai duit" dengan nada bersahaja beliau.

Aku menerima dengan hati yang ikhlas dan syukur atas petunjuk tuhan kejujuran dan amanah itu adalah suatu perkara yang nyata, setiap kebaikan akan dibalas baik, yang buruk hanya tuhan sahaja mampu tentukan tempat untuknya.

Sekian terima kasih membaca kisah yang saya olah sendiri, minat saya untuk menulis karangan akhirnya dapat juga saya tunjukkan kepada rakan-rakan steemit.

❤️

Sort:  

You've been upvoted by TeamMalaysia community. Do checkout other posts made by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/created/teammalaysia

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

@therealwolf 's created platform smartsteem scammed my post this morning (mothersday) that was supposed to be for an Abused Childrens Charity. Dude literally stole from abused children that don't have mothers ... on mothersday.

https://steemit.com/steemit/@prometheusrisen/beware-of-smartsteem-scam

Coin Marketplace

STEEM 0.28
TRX 0.13
JST 0.032
BTC 60870.66
ETH 2917.09
USDT 1.00
SBD 3.62