Sekeping Nota Kecil

in #teammalaysia6 years ago

Hari yang tak kurangnya cuaca mendung, terlintas difikiran aku mencoretkan kisah realiti mahupun fantasi. Hai selamat hari isnin kepada rakan seperjuangan semoga hari anda ceria selalu.


image source

Aku berjalan di perkarangan jalan yang selalu aku lalui dari rumah ke sekolah aku, biasanya aku mengambil masa setengah berjalan kaki berseorangan kerana keadaan jalan yang penuh dengan orang lalu lalang jadi bagiku ianya selamat daripada perkara yang tak diingini. Bila tiba di satu tempat aku sedang melihat keadaan sekeliling dengan tidak sengaja aku ternampak kertas kecil diselitkan dalam sebuah buku yang tak diberikan nama, ianya kosong didelan dan hanya ditulis dengan perkataan yang aku sendiri tak memahaminya ditepi buku tersebut.

Aku cuba menarik cebisan kertas dari buku itu dan membacanya dengan teliti, " tolong aku" itu perkataan yang tertulis dan aku sendiri tak memahaminya. Sejenak aku hampir meneruskan perjalanan aku tiba-tiba seorang yang mungkin sebaya aku terlanggar dan baju sekolah aku ditumpahi minuman yang dia pegang. Dengan pantas dia berkata " kawan maafkan aku, tolong aku dan maafkan aku"... tidak sempat aku membalasnya seorang lelaki tinggi lampai muka bengis menarik dia dengan kasar, namun disebalik kekasarannya kelihatan cuba berpura-pura berkelakuan baik.

Aku menjadi heran dan pelik dengan situasi tersebut, seperti semua ini berkaitan dengan nota kecil yang aku baca tadi. Namun baju aku telah dibasahi air sirap dan aku membatalkan niat aku ke sekolah. Sampai sahaja dirumah aku terfikir-fikir kejadian yang begitu cepat berlaku tadi. Nota yang aku pegang tadi aku cuba melihat dibelakang lagi tertulis perkataan "thailand", aku bergegas memanggil abang aku berkenan nota yang aku jumpa tadi, aku menceritakan semuanya apa yang berlaku tadi. Tanpa membuang masa abang aku menelefon ayah yang juga merupakan seorang pegawai polis berpangkat Sarjan, aku melihat abang aku hanya mengangguk tanda faham akan penerangan ayah aku itu.

Keesokan harinya aku memulakan rutin seperti biasa namun kali ini abang aku mengekori dari belakang, aku diberitahu supaya berhati-hati dan tidak berkelakuan mencurigakan... aku agak gemuruh kerana perkara ini aku sebenarnya faham namun aku masih cuba berfikiran positif. Aku tiba ditempat yang kelmarin suasana seperti biasa sesak dipenuhi orang yang lalu lalang, aku pergi ke satu tempat yang biasa aku beli minuman sirap sambil berpura-pura melihat keadaan sekeliling memastikan lelaki kelmarin yang saya lihat itu muncul lagi.

Agaknya kenyataan aku meleset, bukan seorang tetapi 3 orang berpakaian separuh kasual, muka bengis dan percakapan mereka asing daripada yang aku fahami. budak itu juga ikut sama kelihatan mukanya begitu lesu mungkin penat menangis dan kelaparan, abang aku mengecam ketiga-tiga muka krang tersebut dan tanpa membuang masa memberitahu ayah aku tentang kehadiran pemuda itu.

Rupa-rupanya aku dan abang tidak menyangka selama ini ayah mengikuti kami sejak kami keluar dari rumah awal pagi tadi, keadaan sekeliling rupanya dikerumuni oleh anggota polis yang menyamar seperti orang biasa dan ada juga yang aku ternampak beberapa orang yang mungkin anggota polis bersiap sedia menangkap 3 pemuda itu.

Tidak sampai pun dua minit ketiga-tiga pemuda itu digari oleh pihak polis yang menyamar, kecekapan mereka amatlah membanggakan aku kerana berjaya melengkapkan misi mereka tanpa pertumpahan darah, kanak-kanak perempuan tadi mendekati aku dan memeluk aku sambil menangis teresak-esak. Dia memperkenalkan dirinya Liya, hampir dua minggu dia tidak pulang rumah kerana diculik oleh pemuda tadi, seperti yang difahamkan pemuda itu berasal dari Thailand yang kini giat mencari tubuh mangsa kanak-kanak untuk dijual organ-organ badan mereka.

Liya hanya diberikan makan sayur dan minuman air sirap, mereka sengaja tidak memberikan Liya makan makanan yang biasa agar isi perut Liya bersih dan memudahkan kerja mereka. Begitu keji kerja penculik yang dikenali geng Zanpokhep yang kini dalam buruan polis Malaysia.

Aku tidak kesekolah hampir seminggu mengingatkan kisah yang hampir menimpa aku, semi diluar sana berhati-hati dengan keadaan dunia kini yang semakin pesat kependudukannya dan bahaya yang datang tidak mengenal waktunya.

Sekian itu sahaja cerita dari saya.. Terima kasih membaca karangan olahan saya sendiri. Harap kamu menyukainya.

Terima Kasih.

Sort:  

Cerpen nya bagus ya heheh @susanjill

This post has been curated by TeamMalaysia Community :-

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Coin Marketplace

STEEM 0.27
TRX 0.13
JST 0.032
BTC 60986.03
ETH 2921.26
USDT 1.00
SBD 3.57