Perubahan versi lampu kediaman mengikut perubahan peredaraan zaman.

in #teammalaysia6 years ago (edited)

Lampu Pendarfluor dan Lampu LED T8

Lampu pendafluor1.gif

Pemasangan lampu pendarfluor (Lampu kalimantang) adalah salah satu lampu yang paling laris dipasaran. Lampu ini merupakan lampu yang mampu menjimatkan bil elektrik di setiap rumah kediaman di Malaysia. Lampu pendarfluor ini masih popular lagi sehingga sekarang disebabkan kos efektif dari segi penyelenggaraan dan ketahanan dari segi iklim khatulistiwa.

Namun begitu peredaran zaman digital mengubah versi lampu pendarfluor(lampu kalimantang) untuk lebih penjimatan elektirk. Perubahan ketara dari segi struktur lampu pendarfluor ini lebih kecil dari lampu pendarfluor yang asal.
Lampu pendarfluor versi lama lebih tahan lama. Jika dilihat struktur lampu pendarfluor versi lama adalah diperbuat daripada zink tebal dan pemegang lampu pula pvc. Lampu ini boleh bertahan berdekad lama. Lampu pendarfluor versi lama mempunyai “choke”atau ballast.

Choke/ballast ini adalah menstabilkan kuasa yang dibekalkan pada lampu jenis kalimantang pada kadar yang bersesuaian dengan kuasa lampu yang digunakan.

Choke/ballast

Gambarajah yang dilampirkan ini adalah menunjukkan sistem pendawaian dalaman pada lampu pendarfluor.
Wiring pendarfluor.png

Gambarajah ini pula adalah menunjukkan sistem pendawaian untuk LED T8.
Lampu pendafluor.png

Lampu LEDT8 merupakan pengganti Lampu pendarfluor dalam masa yang terdekat. Ini disebabkan Lampu LEDT8 mempunyai diameter rod yang kecil jika dibandingkan dengan lampu kalimantang (Lampu Pendarfluor). Lampu LEDT8 tidak dapat bertahan lama berbanding dengan pendarfluor. Ini disebabkan tahap ketahanan suhu merupakan kelemahan Light Emit Diode. Lampu LEDT8 menggunakan arus yang sangat kecil.

Berikut adalah gambarajah lampu LED T8.

T8 Specification.png

Bercakap berkenaan dengan kadar penjimatan bil memang tidak dapat dinafikan lagi. Lampiran berikut adalah kadar blok tarif pada jumlah 200Kwh bernilai RM0.218. Lihat perbandingan penggunaan LED dan Lampu pendarfluor memang jauh beza.

calculation.PNG

Dengan ekonomi yang tidak memberangsangkan dan pendapatan pula tidak meningkat. Dengan adanya kaedah baru dapatlah juga membantu untuk mengurangkan beban pembayaran bil setiap bulan. Tapi kalau nak juga jimat gunakanlah lampu picit LED. Ini lagi jimat. Jadi renung-renungkanlah dan fikir-fikirkan kaedah yang boleh membantu penjimatan dan penambahan pendapatan isi rumah dengan lebih efisen.

Berikut adalah artikel lain yang menarik untuk dibaca:-

  1. https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/kenapa-perlu-tukar-minyak-enjin-setiap-5-000km-atau-10-000km
  2. https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/penggunaan-hawa-dingin-yang-selamat-semasa-di-dalam-kenderaan
  3. https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/steemit-junior-malaysia-telah-mengorak-selangkah-hadapan-2018
  4. https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/rekaan-sistem-audio-video-teknologi-penyiaran-broadcasting-teknology-part-2

Sort:  

You’ve been upvoted by TeamMalaysia community. Here are trending posts by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/trending/teammalaysia

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Info yang berguna. Tq sebab berkongsi

Coin Marketplace

STEEM 0.28
TRX 0.13
JST 0.032
BTC 61060.27
ETH 2927.58
USDT 1.00
SBD 3.55