7 hari Aku Berpuasa : 7 days I'm Fasting

in #teammalaysia6 years ago

Setelah seminggu menjalani ibadah puasa, suasana ramadhan ku seakan berubah kepada fasa seterusnya. Aku mula selesa dengan keadaan menahan lapar dan dahaga. Rutin kerja harian juga berjalan seperti biasa malah aku berpendapat kualiti kerja semasa puasa lebih baik kerana aku dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya tanpa memikirkan masa untuk sarapan pagi dan makan tengah hari. Apa yang ku tahu hanyalah bangun dari kerusi di pejabat ku untuk solat sahaja.

After a week of fasting, my ramadhan seemed to change to the next phase. I started to feel comfortable with the condition of hungry and thirsty. Daily routine also works as usual but I think the quality of work during the fast is better because I can focus completely without thinking of time for breakfast and lunch. What I know is just getting up from my office chair for prayers only.

DF6FA2C3-2D78-4756-A45D-2B0022B5DF55.jpeg

Biar pun ramadhan telah berlalu seminggu yang lalu namun cerita politik berkaitan pilihanraya ke-14 yang lalu masih hangat diperkatakan. Apatah lagi bulan ramadhan dengan hari mengundi sebelum ini hanya seminggu jaraknya. Begitu jugalah yang berlaku di kampung ku. Golongan veteran lelaki terutamanya masih membicarakan isu pilihanraya ini setiap kali selesai menunaikan solat isyak dan solat sunat tarawih. Duduk berkumpul sambil menghisap rokok dan dijamu dengan kuih-muih dan minuman panas menambahkan lagi keinginan untuk berkongsi maklumat berkaitan pilihanraya lalu.

Even Ramadan has passed a week ago but the political story of the 14th last election is still warm. What's more, the month of Ramadhan with a previous polling day is just a week away. The same thing happens in my village. The male veterans are still talking about the issue of this election every time their finish performed isyak and the tarawih prayers. Sitting together while sucking cigarettes and being treated with cakes and hot drinks adds to the desire to share information related to the last election.

9AA4C0B0-7FAB-4A15-A7BC-F140432CD165.jpeg
Image Source

7 hari aku berpuasa, persiapan untuk menyambut Hari Raya juga mula kedengaran. Aku mula tersenyum apabila mendengar golongan wanita mula membincangkan tentang persediaan dalam menyambut hari kemenangan itu. Dapat aku gambarkan betapa telitinya golongan wanita ini dalam membuat persediaan, bermula dari pintu hadapan sehingga ke pintu belakang rumah akan mereka fikirkan. Contohnya di bahagian ruang tamu jenis langsir, alas meja, susun atur perabot dan banyak lagi. Semua ini akan menjadi keutamaan kepada mereka. Begitulah juga dengan ruang lain di dalam rumah.

The 7 days I fasted, the preparations for the Hari Raya were also heard. I started to smile when I heard the women talk about preparing for the day of the victory. I can describe how much this woman in preparation, starting from the front door to the back door of the house they will think. For example in the living room type of curtains, tablecloths, furniture layouts and more. All this will be a priority to them. It’s same with the other rooms inside the house.

EEDBD1B4-3BD4-4719-B7A9-456169C4906E.jpeg
Image Source

Selepas seminggu berpuasa suasana di tempat kerjaku juga turut berubah. Lagu-lagu hari raya mula kedengaran. Semangat raya mula terasa. Aku rasa terhibur bila mendengar lagu-lagu ini dimainkan ketika membuat kerja di pejabat. Biar pun lagu yang dimainkan adalah lagu lama namun apa yang pastinya lagu raya ini seakan menggamit zaman kecilku dahulu.

After a week's fasting mood at my workplace also changed. The feast days start to sound. The spirit of the feast began to feel. I feel comforted when I hear these songs play when I work in the office. Even the song played is an old song but what this song is like in my childhood.

656C077E-5A88-46A3-BF39-261AF23647B4.jpeg
Image Source

Sincerely

@zayyadmikael

Sort:  

cerita yang menarik... good posting

You've been upvoted by TeamMalaysia community. Here are trending posts by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/trending/teammalaysia

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Great post!
Thanks for tasting the eden!

Terbaik bro...semakin hari semakin bagus writing post ko!!

Tq bro..masi dlm proses belajar lg bro..

Coin Marketplace

STEEM 0.28
TRX 0.12
JST 0.032
BTC 69947.15
ETH 3908.93
USDT 1.00
SBD 3.71